awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aidilfitri: Aliran trafik tinggi di lebuh raya utama malam ini

Bernama
Bernama
23/04/2023
14:27 MYT
Aidilfitri: Aliran trafik tinggi di lebuh raya utama malam ini
Aliran trafik dilaporkan tinggi dan perlahan di lebuh raya utama setakat 10 malam ini berikutan pertambahan kenderaan pada hari kedua sambutan Aidilfitri. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Aliran trafik dilaporkan tinggi dan perlahan di lebuh raya utama setakat 10 malam ini berikutan pertambahan kenderaan pada hari kedua sambutan Aidilfitri.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi berkata ia melibatkan trafik ke arah utara dari Yong Peng ke Pagoh, Hentian Tangkak ke Tangkak, Jasin ke Ayer Keroh, Restoran Jejantas Ayer Keroh ke Simpang Ampat dan Pedas/Linggi ke Seremban.
"Trafik turut tinggi dan masih perlahan ke arah selatan dari Jitra Selatan ke Hutan Kampung, Kubang Pasu ke Gurun, Gurun ke Sungai Petani Utara, Permatang Pauh ke Perai, Changkat Jering ke Terowong Menora dan Sungkai ke Slim River," katanya.
LLM menerusi ciapan di laman Twitter memaklumkan trafik di lebuh raya Kuala Lumpur-Karak turut dilaporkan berdepan situasi sama dari arah Genting Sempah ke Gombak.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan laman Twitter www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#aliran trafik
#pertambahan kenderaan
#Lembaga Lebuhraya Malaysia
#lebuh raya utama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan