awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aidilfitri: Bantuan subsidi penerbangan dilanjutkan kepada 4 hari

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
22/03/2024
07:40 MYT
Aidilfitri: Bantuan subsidi penerbangan dilanjutkan kepada 4 hari
Anthony Loke berkata penambahbaikan tersebut dijangka memberi implikasi kewangan tambahan sehingga RM1.8 juta kepada kerajaan.
PUTRAJAYA: Bantuan subsidi musim perayaan dilanjutkan bagi penerbangan sehala antara Semenanjung Malaysia dan Sabah, Sarawak serta Labuan dari tiga hari kepada empat hari sebelum sambutan Aidilfitri, iaitu pada 6 hingga 9 April.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata penambahbaikan tersebut dijangka memberi implikasi kewangan tambahan sehingga RM1.8 juta kepada kerajaan.
Jelas beliau lagi, inisiatif berkenaan selaras dengan usaha kementerian untuk membantu perantau balik kampung, dan memenuhi permintaan pengangkutan awam yang tinggi sempena sambutan Aidilfitri.
“Ini bermaksud sesiapa yang membeli tiket penerbangan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah, Sarawak dan Labuan pada empat hari tersebut tidak akan membayar melebihi RM599 untuk harga tiket asas kerana sebarang kos melebihi harga maksimum tersebut akan ditanggung Kerajaan.
“Harga ini tidak termasuk cukai dan fi.
“Harga maksimum ini boleh membantu penumpang yang terpaksa membeli tiket penerbangan pada saat akhir atau di laluan yang mempunyai permintaan yang tinggi dalam perjalanan balik kampung.
“Namun, penumpang boleh mendapat harga yang lebih murah sekiranya merancang perjalanan lebih awal,” katanya pada Jumaat.
Beliau berkata demikian dalam sidang media Pengumuman Initiatif Tambah Baik Perjalanan Balik Kampung Sempena Hari Raya Aidilfitri di sini pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Loke berkata kerajaan juga akan meneruskan inisiatif-inisiatif lain termasuk memudah cara penambahan penerbangan.
Ujar beliau, bagi Aidilfitri, Kementerian Pengangkutan (MOT) melalui Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) telah memudah cara sebanyak 342 penerbangan domestik tambahan di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April.
"Strategi ini telah menunjukkan kesan yang positif di mana lebih banyak tiket penerbangan terutamanya bagi laluan dari Kuala Lumpur ke destinasi-destinasi utama di Sabah dan Sarawak dijual pada harga yang lebih murah," tambah beliau.
Pada 4 Mac 2024, AirAsia turut memberi kerjasama dengan menawarkan 22,000 tiket penerbangan pada harga tetap RM298 sehala untuk perjalanan dari Kuala Lumpur ke Sarawak, dan RM348 sehala untuk Kuala Lumpur ke Sabah.
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#subsidi penerbangan
#Anthony Loke
#Sabah dan Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan