awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aidilfitri: Bomba Terengganu fokus 20 lokasi berisiko

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
29/03/2025
02:35 MYT
Aidilfitri: Bomba Terengganu fokus 20 lokasi berisiko
Selain rondaan, JBPM Terengganu turut menempatkan anggotanya di Hentian R&R Perasing bagi memberikan tindakan pantas sekiranya berlaku kes kemalangan di LPT2. - Foto Astro AWANI
KUALA TERENGGANU: Lebih 20 kawasan yang dikenal pasti berisiko berlaku kemalangan jalan raya menjadi fokus Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu pada perayaan Aidilfitri ini.
Pengarah JBPM Terengganu Nor Mahathir Muhamad berkata, rondaan akan ditingkatkan khususnya di laluan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), jalan persekutuan dan jalan negeri.
Katanya, langkah itu diambil susulan pertambahan kenderaan yang mula memasuki Terengganu bermula semalam.
"Setiap kali hari raya aliran trafik di beberapa laluan termasuk LPT2 akan meningkat. Jadi, rondaan berkala akan terus dilaksanakan
"Selain rondaan, kita juga menempatkan pasukan di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Perasing bagi memberikan tindakan pantas sekiranya berlaku kes kemalangan di LPT2," katanya kepada Astro AWANI hari ini.
Beliau berkata, ia sekali gus dapat mengurangkan 'response time' jika berlaku insiden yang tidak diingini di sepanjang laluan yang sering digunakan perantau ketika pulang berhari raya di kampung.
Sementara itu, Nor Mahathir berkata, musim Monsun Timur Laut di negeri itu telah berakhir dan kini pihaknya bersedia berdepan dengan kes kebakaran hutan dan kemalangan pada musim perayaan.
Justeru, beliau mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan pembakaran terbuka terutama ketika cuaca panas dan kering kerana ia boleh menyebabkan api cepat merebak.
Topic Berkaitan
#bomba
#terengganu
#Aidilfitri
#lokasi berisiko kemalangan
#LPT2
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan