KUALA LUMPUR: Memasuki pertengahan Ramadan, suasana meriah untuk meraikan kedatangan Hari Raya sudah mula terasa, malah sambutan lebaran tahun ini dijangka lebih meriah berbanding sebelum munculnya pandemik COVID-19.
Pelaksanaan Fasa Peralihan ke Endemik bermula 1 April lalu dengan banyak kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) termasuk pemansuhan had waktu beroperasi bagi premis perniagaan (masing-masing mengikut syarat lesen operasi premis) membolehkan orang ramai lebih bebas melakukan aktiviti membeli-belah.
Antara lokasi wajib dikunjungi bagi kebanyakan warga kota metropolitan ini sudah tentunya Jalan Tuanku Abdul Rahman atau lebih dikenali dengan nama Jalan TAR. Malah lokasi ini juga menjadi pilihan orang dari luar Kuala Lumpur untuk membeli pelbagai keperluan Aidilfitri dan suasana meriah ini sudah dapat dilihat sejak awal Ramadan lagi.
JENDELA RAMADAN AL-MUBARAK
Tidak kurang juga lokasi tumpuan lain iaitu di Selangor untuk persiapan hari raya antaranya Bandar Baru Bangi dan Shah Alam sehingga jalan menuju ke Bangi Sentral dan Pusat Komersial Seksyen 7 Shah Alam sesak pada hujung minggu.
"Dah dua tahun tak raya, kali ini mestilah nak raya penuh meriah. Saya dah beli tiga pasang baju raya untuk diri sendiri," kata Nursyafiqa Zakaria, 26, yang ditemui di sebuah butik di Bandar Baru Bangi baru-baru ini.
Itu belum lagi kisah pembelian secara dalam talian sehingga ada yang kecewa apabila banyak barangan dan saiz pakaian yang dikehendaki sudah kehabisan stok.
HARGA BARANG MENINGKAT
Namun, di sebalik keseronokan umat Islam membuat persiapan Aidilfitri, kenaikan kos sara hidup terutama peningkatan harga barang mungkin mengekang sikap sesetengah orang yang gemar "berbelanja sakan" sehingga sanggup berhutang.
Apa pun, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 yang diterima khususnya bagi kumpulan B40 sangat membantu dalam membuat persiapan Hari Raya kali ini.
Tinjauan Bernama di sekitar pusat membeli-belah Lembah Klang mendapati rata-rata berpendapat peningkatan harga barang tidak menjejaskan 'mood' persiapan raya malah akan menyambutnya lebih meriah daripada sebelumnya kerana antaranya, sudah boleh mengadakan majlis rumah terbuka.
Bagi eksekutif jualan Rosmizi Rahimi, 34, kenaikan harga barang di pasaran terutama pakaian raya dan barang keperluan adalah 'hikmah' baginya untuk mengawal nafsu berbelanja, lebih-lebih lagi beliau turut tergolong dalam kategori B40.
"Sebelum ini sambutan tidak begitu dirasai berikutan pandemik COVID-19, namun menjelang hari raya tahun ini, kebetulan harga bahan mentah seperti ayam naik mendadak, begitu juga barang dapur serta keperluan lain. Baju pun menjadi mahal.
"Kami sekeluarga pernah mengalami situasi tidak cukup perbelanjaan ketika PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Untuk itu, kami memanfaatkan pengeluaran KWSP dan BKM dengan membuat senarai barang yang perlu, seterusnya membandingkan harga antara pasar raya untuk meminimumkan perbelanjaan," katanya kepada Bernama.
Pengawal keselamatan, Siti Shafini Mohd Tarmizi Saad, 29, pula akan memanfaatkan pengeluaran KWSP sebanyak RM10,000 secara 'one-off' pada 1 April lalu bagi meringankan beban perbelanjaan persiapan Aidilfitri.
"Asalnya saya membuat pengeluaran itu untuk kegunaan persekolahan dua orang anak yang masih bersekolah rendah, namun masih ada lagi yang berbaki, jadi kami mengambil kesempatan terus menggunakannya untuk persiapan raya.
"Harga barang naik, sedikit sebanyak menjejaskan 'mood' untuk berbelanja. Namun, tahun ini kami akan pulang ke kampung berhari raya bersama keluarga, jadi kami tidak kisah untuk berbelanja lebih sedikit asalkan berpada-pada dan tidak melebihi bajet yang dirancang," kata ibu kepada tiga orang anak yang berasal dari Hulu Terengganu ini.
JUALAN LARIS
Pengasas pakaian Melayu Bayu Somerset, Diana Kamalul pula berkata, jualan busana tradisional Melayu di butiknya lebih laris pada tahun ini dengan kehadiran ramai pelanggan berbanding membeli secara dalam talian.
"Kami sebenarnya memulakan perniagaan busana secara dalam talian pada tahun 2021 dan ketika itu sambutannya memberangsangkan kerana ramai yang terpaksa membeli baju raya menerusi platform dalam talian. Sekarang sebab ada kelonggan SOP, ramai lebih suka datang ke butik.
"Pelanggan saya lebih suka menilai sendiri fabrik yang digunakan dengan mencuba terlebih dahulu sebelum membeli, dan saya lihat trend membeli-belah di butik lagi rancak daripada platform dalam talian, malah sambutan tahun ini sangat luar biasa," katanya ketika ditemui di The Fashion Journal, Setia City Mall, Shah Alam, Selangor.
Menurut beliau, walaupun terdapat sedikit peningkatan pada harga busana berbanding tahun lepas namun ia masih mendapat sambutan kerana dijual dengan harga mampu milik dan berpatutan.
Pengurus Pusat Pengurusan Hartanah Sungei Wang Plaza, Joseph Teo berkata, pihaknya menjangkakan trend membeli-belah pada tahun ini akan lebih meriah kerana usaha kerajaan melonggarkan SOP di bawah Fasa Peralihan ke Endemik pada 1 April lalu.
"Banyak pusat membeli-belah sedang melancarkan promosi hari raya, termasuk juga kami di Sungei Wang Plaza, bukan sahaja untuk menambahkan kedatangan pengunjung tetapi juga menggalakkan mereka berbelanja di sini, sekali gus merancakkan industri pelancongan domestik dan antarabangsa.
"Namun demikian, dalam usaha menggalakkan mereka berbelanja, kami turut tidak melupakan SOP iaitu mewajibkan pemakaian pelitup muka dan menjaga jarak sosial," katanya.
ELAKKAN PENGELUARAN KWSP, PINJAMAN PERIBADI
Walaupun sambutan hari raya tahun ini dijangka lebih meriah, namun golongan yang tidak terkesan dalam kelangsungan hidup dinasihatkan untuk tidak membuat pengeluasan KWSP semata-mata untuk membuat persiapan raya.
Dekan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Dr Mohamad Fazli Sabri yang memberi nasihat ini berkata, wang caruman KWSP atau simpanan sepatutnya untuk kegunaan masa hadapan (persaraan).
"Mengapa perlu dipertaruhkan semata-mata untuk memenuhi tuntutan nafsu dan emosi dengan alasan raya hanyalah setahun sekali," katanya.
Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber Dan Pengajian Pengguna itu turut menyarankan agar pengguna dapat mengamalkan konsep berbelanja secara bijak dan berhemah terutamanya ketika musim perayaan, apatah lagi dalam situasi harga barang yangh semakin melonjak sekarang.
Pengguna katanya, boleh membuat analisis kedudukan kewangan semasa mereka iaitu daripada segi pendapatan dan perbelanjaan, dengan menyediakan bajet khas untuk perbelanjaan persiapan raya mengikut keutamaan dan peruntukan yang mampu.
"Selain itu, mereka juga boleh membuat perbandingan harga secara tinjauan dalam talian 'online survey' menerusi laman web dan media sosial, serta elakkan perbelanjaan menggunakan kad kredit kerana ia berpotensi berbelanja lebih daripada pendapatan disebabkan boleh berhutang.
"Pastikan juga membeli dalam kuantiti atau jumlah yang sesuai serta mengikut senarai tanpa dipengaruhi oleh nafsu membeli," katanya.
Selain itu, orang ramai juga diingatkan agar tidak terperangkap dengan tawaran pinjaman peribadi yang biasanya akan menawarkan promosi menarik ketika musim perayaan.
Sementara itu, pensyarah kanan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi UPM, Prof Madya Ts. Dr Anuar Shah Bali Mahomed berkata, pinjaman peribadi termasuk berhutang dengan mana-mana 'along' untuk kegunaan perbelanjaan persiapan raya hanya akan memerangkap si peminjam dengan beban hutang yang banyak selepas musim perayaan.
"Ramai ejen pinjaman peribadi mengambil kesempatan menawarkan pinjaman dengan kadar faedah yang tinggi serta ramai beranggapan ia jalan penyelesaian segera untuk masaah tidak cukup bajet berbelanja.
"Namun, konsep itu adalah salah kerana pinjaman peribadi hanya akan membebankan mereka termasuklah apabila menangguhkan pembayaran hutang sedia ada seperti pinjaman perumahan, kereta atau pendidikan disebabkan penalti atau faedah lebih tinggi akan dikenakan jika tidak dibayar dalam waktu ditetapkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 14 2022
Antara lokasi wajib dikunjungi bagi kebanyakan warga kota metropolitan ini sudah tentunya Jalan Tuanku Abdul Rahman. - Foto fail
Wanita Malaysia buat hal di Jepun, parkir kereta ikut suka hati
Menerusi perkongsian foto pengguna X, tindakan wanita berkenaan telah menimbulkan kemarahan warga negara matahari terbit itu.
KKB Memilih: Hari penentuan siapa pilihan pengundi (setakat jam 8:40 pagi)
Wartawan Hasimi Muhamad melaporkan perkembangan terkini proses pengundian pilihan raya kecil Kuala Kubu Baharu.
Lelaki ditahan seleweng lebih 13,000 liter diesel bersubsidi
Tangkapan dilakukan pada Khamis hasil operasi dijalankan KPDN Cawangan Manjung pada jam 12.50 tengah hari.
Liga Super: Solat hajat untuk Akhyar, Faisal sebelum TFC jumpa Perak FC
Majlis doa selamat dan solat hajat akan diadakan di pekarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus pada jam 7.30 malam.
Banjir kilat, pokok tumbang jejas 10 mangsa di Taiping
APM Daerah Taiping menerima panggilan kecemasan dari Penghulu Mukim Trong berhubung insiden yang berlaku sekitar jam 6.15 petang itu.
KKB Memilih: Hari penentuan siapa pilihan pengundi
Wartawan Hasimi Muhamad melaporkan perkembangan terkini proses pengundian pilihan raya kecil Kuala Kubu Baharu.
18 pusat mengundi PRK KKB dibuka 8 pagi ini
Kesemua pusat mengundi dibuka sehingga 6 petang kecuali pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bukit Fraser, pada 2 petang.
AWANI Pagi: Dilema Penjawat Awam: Menyimpan, meminjam atau melabur
Diskusi Awani Pagi beri tumpuan kepada dilema yang dihadapi penjawat awam, yang perlu buat pilihan antara menyimpan, meminjam atau melabur. Prof Dr Roselina Ahmad Saufi dari Malaysian Graduate School of Entrepreneurship and Business (MGSEB) UMK akan kongsi pandangan beliau dalam 7.30 pagi nanti.
UMNO rai ulang tahun ke-78 penubuhannya hari ini
Parti UMNO, yang menyambut ulangtahun ke-78 hari ini, menganjurkan majlis solat hajat, bacaan yasin dan doa selamat, di Pusat Dagangan Dunia, WTC, malam ini.
PN belum bincang Muhyiddin calon PM - Pas
Isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada PRU16 selain mengekalkan Pengerusi PN itu masih belum dibangkitkan setakat ini.
Kerajaan jamin sediakan rawatan kesan sampingan vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca - Dzulkefly
Kerajaan memberi jaminan akan menyediakan rawatan susulan bagi penerima vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca yang terbukti mengalami kesan sampingan.
KKM keluar kenyataan berkaitan vaksin AstraZeneca dalam masa terdekat
KKM akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu penarikan balik vaksin COVID-19 keluaran AstraZeneca dalam masa terdekat.
Isu tunggakan cetakan MyKid bakal selesai Julai ini - JPN
Isu cetakan MyKid yang tertunggak akibat masalah perolehan bekalan mikrocip semasa pandemik COVID-19 lalu dijangka dapat diselesaikan pada Julai ini secara berperingkat di seluruh negara.
Program Jana Wibawa dilaksana selepas dapat persetujuan Jemaah Menteri - Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa cadangan mengenai Jana Wibawa telah dibawa ke mesyuarat untuk pertimbangan sebelum Jemaah Menteri memutuskan supaya program itu diteruskan pada 2020.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.