NATIONAL
Aidilfitri: Keluarga dibenar lawat penghuni penjara pada hari raya ketiga, keempat

Bagi keluarga yang tidak dapat hadir secara fizikal, perjumpaan dalam talian akan diadakan dari 4 hingga 6 April ini sebagai alternatif. - Gambar hiasan/Bernama
KUALA LUMPUR: Keluarga penghuni penjara dibenar membuat lawatan sempena Aidilfitri tahun ini pada raya ketiga dan keempat bagi semua institusi penjara, Pusat Pemulihan Akhlak, Pusat Pemulihan Khas, Tempat Tahanan Khas dan Sekolah Henry Gurney.
Ringkasan AI
- Lawatan sempena Aidilfitri dibenarkan pada raya ketiga dan keempat bagi semua institusi penjara, dengan keutamaan kepada penghuni beragama Islam.
- Pelawat diminta membawa kad pengenalan dan kad lawatan, serta tidak dibenarkan membawa makanan, minuman, atau memberi wang kepada penghuni.
- Perjumpaan dalam talian akan diadakan dari 4 hingga 6 April sebagai alternatif bagi keluarga yang tidak dapat hadir secara fizikal.
"Sekiranya pelawat ingin memberi wang bagi tujuan tertentu seperti bayaran yuran peperiksaan dan sebagainya, sila dapatkan resit rasmi PPT. 28 sebagai akuan penerimaan," menurut kenyataan itu.
Bagi keluarga yang tidak dapat hadir secara fizikal, perjumpaan dalam talian akan diadakan dari 4 hingga 6 April ini sebagai alternatif untuk berkomunikasi dengan penghuni.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami