KOTA KINABALU: Tempoh penetapan RM599 harga maksimum tiket penerbangan kelas ekonomi sehala dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan sempena Aidilfitri tahun ini, perlu dipanjangkan dari tiga hari kepada dua minggu, demikian menurut persatuan pengguna Sabah.
Presiden Barisan Pengguna Sabah (CFOS) Nordin Thani berkata tempoh itu perlu dipanjangkan agar lebih ramai penduduk dari ketiga-tiga wilayah, mendapat harga tiket penerbangan berpatutan serta tidak melambung tinggi, seterusnya berpeluang pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Hari Raya.
Beliau berkata tempoh tiga hari ditetapkan bagi melaksanakan harga maksiumum tiket penerbangan untuk ke Sabah, Sarawak dan Labuan sempena Aidilfitri itu juga, dilihat tidak mencukupi kerana tidak semua boleh bercuti awal dan ada yang terpaksa bekerja semasa perayaan berkenaan.
“Harga maksimum itu (perlu dilaksanakan) seminggu sebelum Hari Raya dan seminggu selepas Hari Raya. Dua minggu. Mana-mana yang tidak dapat bercuti (sebelum) Hari Raya akan pulang (ke kampung) selepas itu.
“Kita minta kerajaan mempertimbangkan kaedah ini, supaya semua (orang Sabah, Sarawak dan Labuan) berpeluang membeli harga tiket penerbangan berpatutan dan tidak mahal. Selain itu, mereka boleh merancang cuti seterusnya membuat tempahan dalam tempoh tersebut,” katanya kepada Bernama.
Pada 24 Feb, Menteri Pengangkutan Anthony Loke memaklumkan kerajaan menetapkan RM599 harga maksimum tiket penerbangan kelas ekonomi sehala dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan untuk tempoh perjalanan tiga hari, menjelang sambutan Aidilfitri tahun ini.
Beliau berkata ia antara lain bagi membantu melancarkan percutian orang ramai balik beraya ke kampung halaman masing-masing pada April dan sebarang kenaikan daripada harga maksimum ditetapkan itu, akan ditampung menerusi subsidi kerajaan dalam tempoh tiga hari tersebut.
Loke juga berkata kementeriannya akan meminta pandangan daripada semua pihak termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), untuk mengetahui tarikh sambutan sebenar Aidilfitri sebelum penetapan harga tiket itu dilaksanakan.
Nordin berkata pelaksanaan harga maksimum tiket penerbangan sempena Aidilfitri itu juga, perlu memberi keutamaan kepada penduduk Sabah, Sarawak dan Labuan balik kampung, kerana dikhuatiri ada yang mengambil kesempatan daripada penetapan harga tersebut untuk bercuti ke wilayah berkenaan.
Beliau berkata pengendali syarikat penerbangan juga perlu mengambil kira menggunakan kapal terbang besar bagi menampung lebih ramai penumpang yang balik kampung pada musim perayaan ini.
Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Sabah Kevin Lo Kian Min berkata langkah kerajaan menetapkan harga maksimum tersebut, dilihat sebagai pendekatan positif untuk mengawal kenaikan harga tiket penerbangan berlebihan menjelang Hari Raya.
Beliau berkata ini sekali gus dapat membantu memastikan aksesibiliti kepada perjalanan udara bagi rakyat Sabah, Sarawak dan Labuan yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing, tanpa terbeban dengan harga tiket penerbangan yang tidak munasabah.
“Langkah ini juga mencerminkan kesungguhan kerajaan, untuk menjaga kepentingan dan kesejahteraan rakyat terutama dalam situasi ekonomi yang mencabar,” katanya.
Beliau turut menyarankan rakyat Sabah di Semenanjung khususnya, merancang perjalanan pulang ke kampung dengan sebaiknya termasuk membeli tiket lebih awal, bagi mengelak kenaikan harga tidak dijangka.
“Membuat persiapan awal penting bagi pengguna untuk mendapatkan tiket pada harga berpatutan. Ini termasuk merancang perjalanan, kerana ini akan memberi peluang kepada pengguna untuk mencari tawaran terbaik seterusnya mendapatkan harga tiket penerbangan lebih rendah,” katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 26 2024
Ia antara lain bagi membantu melancarkan percutian orang ramai balik beraya ke kampung halaman masing-masing pada April. - Gambar hiasan/BERNAMA
AWANI Ringkas: Mohon dibicarakan kes bunuh | Lambakan graduan kejuruteraan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Pasukan Manchester United paling teruk saya pernah lihat'
Alan Shearer berpendapat pasukan Manchester United ketika ini adalah pasukan paling teruk pernah dilihatnya.
14 maut, 70 cedera akibat papan iklan runtuh di India
Sekurang-kurangnya 14 orang maut dan lebih 70 lagi cedera selepas papan iklan tumbang semasa ribut kuat di ibu negara kewangan India, Mumbai pada Isnin.
Menurut pihak berkuasa, sebuah jengkaut sedang digunakan bagi menggali serpihan ketika penyelamat berusaha mencari mangsa yang terselamat selepas papan tanda itu runtuh di sebuah stesen minyak di timur bandar itu, memerangkap berpuluh-puluh orang di bawahnya.
Menurut pihak berkuasa, sebuah jengkaut sedang digunakan bagi menggali serpihan ketika penyelamat berusaha mencari mangsa yang terselamat selepas papan tanda itu runtuh di sebuah stesen minyak di timur bandar itu, memerangkap berpuluh-puluh orang di bawahnya.
[TERKINI] Monsun Barat Daya mula 17 Mei hingga September, taburan hujan lebih rendah
Jabatan Meteorologi Malaysia maklumkan Monsun Barat Daya dijangka bermula pada 17 Mei ini dan berterusan hingga September depan.
Tidak seharusnya timbul isu birokrasi
Isu birokrasi seharusnya tidak harus timbul termasuk kerjasama semua Kementerian dan agensi Kerajaan untuk berganding bahu dalam membangunkan sektor penternakan.
Keterlibatan belia dalam isu sosial, politik sumbangan kepada nasionalisme
Salah satu cara utama belia menyumbang kepada nasionalisme adalah melalui penglibatan aktif mereka dalam isu sosial dan politik.
FAM pandang serius insiden pergaduhan Piala Belia, ambil tindakan tegas
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memandang serius insiden pergaduhan pemain pada Perlawanan Piala Belia 2024 antara Melaka FA dan Sri Pahang FC di Stadium Hang Tuah, Melaka Ahad lepas.
Agihan 140,000 tan beras di seluruh negara lancar
Agihan sebanyak 140,000 tan beras di seluruh negara berjalan dengan lancar.
'Saya tahu dia tidak sekejam itu' - Datin Red cerai tak tuntut nafkah, kekal hubungan baik
Dia membuat keputusan itu kerana memahami keadaan bekas suaminya yang kini berada dalam kesusahan.
Faisal Halim kini dipindahkan ke wad biasa
Bagaimanapun, dia masih lagi dalam pantauan oleh pihak perubatan dan tidak akan dapat menerima sebarang pelawat.
Aidilfitri: 'Panjangkan tempoh harga maksimum tiket penerbangan'
Tempoh itu perlu dipanjangkan agar lebih ramai penduduk dari ketiga-tiga wilayah, mendapat harga tiket penerbangan berpatutan.