awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
Ahli Parlimen Filipina pertimbang usul pemecatan terhadap Presiden Marcos
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Faisal Halim kini dipindahkan ke wad biasa

Astro Arena
Astro Arena
14/05/2024
05:21 MYT
Faisal Halim kini dipindahkan ke wad biasa
Faisal (foto) masih lagi dalam pemantauan pihak perubatan dan tidak akan dapat menerima sebarang pelawat. -Gambar fail/Bernama
PENYERANG skuad kebangsaan, Faisal Halim, mendapat perkhabaran positif apabila telah dipindahkan ke wad biasa bagi meneruskan proses pemulihan di hospital ketika ini.
Faisal yang berusia 26 tahun disimbah asid oleh individu tidak dikenali pada serangan yang berlaku di Damansara pada hujung minggu lalu.
Berikutan itu, doktor yang merawatnya berkata, pemain bola sepak kebangsaan itu melecur tahap empat.
Selepas menjalani tiga pembedahan di hospital swasta di Shah Alam, Faisal yang pada awalnya agak kritikal disahkan semakin ceria dan menunjukkan perkembangan positif.
Menerusi perkembangan terkini menerusi Nadi Breaking, Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar, memaklumkan Faisal telah keluar dari Unit Rawatan Rapi (ICU) dan telah dipindahkan ke wad biasa.
Faisal bagaimanapun masih lagi dalam pemantauan pihak perubatan dan tidak akan dapat menerima pelawat. -Astro Arena
Topic Berkaitan
#Faisal Halim
#pindah ke wad biasa
#ICU
#disimbah asid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan