awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aidilfitri: PBT Kelantan diarah tidak kunci tayar kenderaan

Bernama
Bernama
24/04/2022
09:51 MYT
Aidilfitri: PBT Kelantan diarah tidak kunci tayar kenderaan
Walaupun tiada tindakan kunci tayar, orang ramai masih perlu membuat bayaran parkir dan saman akan dikeluarkan sekiranya mereka ingkar. - Gambar hiasan/ Wikimedia
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu supaya tidak mengunci tayar kenderaan yang melakukan kesalahan terutama di kawasan bandar bermula minggu ini hingga seminggu selepas sambutan Aidilfitri.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) Rosnazli Amin berkata syarikat yang mengendalikan konsesi parkir juga telah diminta supaya tidak berbuat demikian.
"Kerajaan negeri memberi arahan kepada PBT supaya satu tindakan lebih ringan dilaksanakan berbanding mengunci tayar, kerana kita sedar kenderaan yang masuk terlalu banyak, sudah tentu petak parkir yang ada tidak mencukupi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Saguhati Raya Kepada Semua Lantikan Politik Parlimen Kota Bharu di MPKB-BRI di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Rosnazli berkata walaupun tiada tindakan mengunci tayar, orang ramai masih perlu membuat bayaran parkir dan saman akan dikeluarkan sekiranya mereka ingkar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kelantan
#balik kampung
#pbt
#jangan kunci tayar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan