JOHOR BAHRU: Kira-kira dua juta kenderaan dijangka memasuki Johor termasuk menerusi laluan darat antara Malaysia dan Singapura melalui Tambak Johor dan Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) sempena Aidilfitri ini.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata pihaknya menjangkakan kesesakan luar biasa berlaku terutama di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Iskandar Puteri.
"Sebanyak 47 tempat yang kita jangkakan berlaku kesesakan dan hotspot untuk kemalangan kita ada 27 tempat yang telah dikenal pasti daripada kajian kita.
"Seramai 700 pegawai dan anggota trafik akan membuat pemantauan di jalan-jalan utama seluruh negeri, khususnya di lokasi titik panas," katanya kepada pemberita selepas meninjau program Kempen Keselamatan Jalan Raya Bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di laluan motosikal Plaza Tol Perling di sini malam ini.
Sementara itu, beliau berkata mayat wanita yang dijumpai mereput di dalam sebuah bagasi di kios perhentian bas terbiar berhadapan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kulai, Rabu lepas, dipercayai warga asing.
Kamarul Zaman berkata ia kerana berdasarkan laporan hasil bedah siasat, tiada kesan suntikan bacillus calmette-guerin (BCG) ditemukan pada mayat tersebut.
"Keputusan bedah siasat belum secara terperinci lagi, hanya kita tahu bahawa mayat tersebut tidak ada BCG, maknanya bukan warganegara. Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan. Mayat itu seperti dipotong dan diletak ke dalam beg," katanya sambil menambah bagasi tersebut berukuran 28 inci.
Beliau berkata polis juga tidak menolak kemungkinan bahawa motif pembunuhan wanita tidak beridentiti itu berpunca daripada dendam.
Semalam, Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow dilapor berkata wanita berkenaan dianggarkan berusia 25 tahun ke atas dan telah meninggal dunia sejak dua minggu lepas, selain terdapat kecederaan di kepala.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 14 2023
Kesesakan luar biasa dijangka berlaku terutama di CIQ Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Iskandar Puteri. - Astro AWANI
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Lawatan ke Riyadh: Blinken melawat Arab Saudi esok
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken akan melawat Arab Saudi pada Isnin untuk bertemu dengan rakan serantau dan membincangkan usaha mencapai gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan Israel.
Iraq lulus akta penjara maksimum 15 tahun
Parlimen Iraq meluluskan undang-undang yang menjenayahkan hubungan sejenis dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun pada Sabtu.
Lelaki warga emas ditahan menyamar pegawai polis
Seorang lelaki mengaku sebagai pegawai polis dan memberhentikan keretanya di tengah jalan hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.
Persimpangan bertingkat Alam Damai dibuka 12.01 tengah malam ini - Prolintas
Persimpangan Bertingkat Alam Damai di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dibuka kepada pengguna bermula 12.01 tengah malam ini.
Banjir kilat landa beberapa kawasan di Sepang
Beberapa kawasan di Sepang dilanda banjir kilat susulan hujan lebat bermula kira-kira 1 tengah hari, yang mengakibatkan kesesakan lalu lintas di kawasan terjejas.
Aktor Hong Kong Louis Koo terkejut trafik Kuala Lumpur terlampau sesak
Bintang tersebut berada di Malaysia untuk menjalani penggambaran filem terbarunya, Behind The Shadows.
Bahagian kami selesai, kini terpulang kepada Singapura atasi kesesakan di Tambak Johor - PM Anwar
Perdana Menteri memuji usaha yang dilakukan oleh Jabatan Imigresen, Kastam dan agensi dalam menangani isu itu.
Polis terima tiga laporan nama, kad pengenalan diguna individu lain untuk mengundi
Polis menerima tiga laporan berkaitan nama dan kad pengenalan digunakan individu lain untuk mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah, setakat ini.
Jambatan Baharu Marang surai kesesakan, tingkat taraf sosioekonomi rakyat
Projek melibatkan jajaran sepanjang 2.5km di laluan FT003 Kuala Terengganu ke Kuantan itu dijangka siap pada Jun 2025.
Bandar di Norway tawar pengangkutan awam percuma, atasi kesesakan lalu lintas
Orang ramai akan dapat menggunakan perkhidmatan bas, bot dan kereta api secara percuma selama setahun.
Penyelarasan antara agensi perlu dalam laksana penyelenggaraan jalan raya - Ahli akademik
Setiap agensi terlibat dalam penyelenggaran jalan raya, perlulah melaksanakannya secara bersepadu bagi mengatasi isu kesesakan apabila jalan raya atau lebuh raya ditutup ketika kerja-kerja dijalankan.
Aliran trafik mula perlahan di lebuh raya utama
Aliran trafik dilaporkan mula bergerak perlahan di kebanyakan lebuh raya utama berikutan orang ramai mula pulang selepas perayaan Aidilfitri hari ini.