KUALA LUMPUR: Semua tiket melibatkan perkhidmatan tren elektrik (ETS) menghala ke Utara dan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri (ELA) ke Pantai Timur telah habis dijual sempena sambutan Aidilfitri.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata ia melibatkan penjualan sebanyak 119,880 tiket ETS bagi tempoh perjalanan 4 hingga 15 April dan 952 tiket ELA oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Beliau berkata berikutan permintaan tinggi bagi perkhidmatan ETS, KTMB telah menyediakan enam tren tambahan bagi tempoh sama melibatkan masing-masing dua perkhidmatan bagi laluan KL Sentral - Padang Besar - KL Sentral; KL Sentral - Butterworth - KL Sentral dan KL Sentral - Ipoh - KL Sentral.
"Sehingga hari ini, tren tambahan ETS yang menawarkan sebanyak 1,260 tiket sehari atau keseluruhan 15,120 tiket termasuk tren ekspres ETS itu juga laris dengan sebanyak 12,853 tiket atau bersamaan 85 peratus telah terjual sejak 22 Mac lepas.
"Bagi perjalanan ke Utara akan melibatkan 32 perkhidmatan ETS sehari untuk semua laluan dan berakhir di Padang Besar manakala Tren Khas ELA yang akan berhenti di 17 buah stesen akan berakhir di Tumpat," katanya pada sidang media selepas mengedarkan Pek Hari Raya kepada penumpang KTMB di KL Sentral di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah, Ketua Pegawai Eksekutif KTMB Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin dan Ketua Pengarah Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) Datuk Azlan Shah Al Bakri.
Dalam pada itu, Loke berkata kekerapan bagi perkhidmatan tren komuter KL Sentral ke Tanjung Malim dan sebaliknya pada waktu puncak akan bertukar kepada setiap 15 minit bermula 20 April berbanding setiap 60 minit ketika ini.
Katanya ia akan melibatkan tujuh perjalanan bagi perjalanan waktu puncak sebelah pagi (7-9 pagi) dari Tanjung Malim ke KL Sentral dan enam perjalanan pada waktu puncak sebelah petang (5 petang-7 malam) membabitkan KL Sentral ke Tanjung Malim.
"KVDT1 (Projek Landasan Berkembar Lembah Klang Fasa Satu) merangkumi penyiapan kerja-kerja landasan dan infra di sektor Rawang- KL Sentral telah selesai Ahad lepas jadi ia memberi laluan kepada frekuensi laluan trek lebih kerap (15 minit) pada waktu puncak.
"Buat masa ini kekerapan frekuensi setiap 15 minit itu hanya pada waktu puncak sahaja dan kita jangka menjelang Jun atau Julai kekerapan itu akan dilakukan sepanjang hari, saya harap ini akan meningkatkan kapasiti pengguna, lebih ramai terima manfaat dalam laluan ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 05 2024
Loke beramah mesra bersama para penumpang ketika hadir pada Majlis Edaran Pek Cenderahati kepada penumpang KTMB sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di KL Sentral hari ini. - Gambar Bernama
Piala Dunia ISTAF: Skuad doubles teruskan kemaraan ke separuh akhir
Skuad doubles negara berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Dunia ISTAF selepas mengatasi Korea 2-1 dalam perlawanan di Stadium Titiwangsa.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian - Pakar
Kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza.
Melaka tunggu garis panduan untuk pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam negeri
Kerajaan negeri Melaka sedang menunggu garis panduan berkaitan pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam daripada kerajaan Persekutuan.
[TERKINI] Keadaan Koperal Hasif stabil, masih dirawat di HSI
Anggota polis, Koperal Mohd Hasif Roslan yang cedera ditembak dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram masih menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail, di Johor Bahru.
BMW Malaysia catat pertumbuhan jualan 8 peratus pada suku pertama, kenaikan 26 peratus jualan EV
BMW Group Malaysia menjual sebanyak 4,300 kenderaan pada suku pertama tahun ini, mewakili peningkatan lapan peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023.
Pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM7,600.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur lucah dan mengaibkan kehormatannya sebagai wanita.
Tun Musa lancar buku Ku Li: Memoir 205, angkat perjalanan politik Tengku Razaleigh
Tun Musa Hitam melancarkan buku KU LI: Memoir 205 yang mengangkat kisah perjalanan politik lagenda politik, Tengku Razaleigh Hamzah pada Selasa.
Iran mulakan siasatan nahas helikopter Presiden Raisi
Iran memulakan siasatan berhubung nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam kejadian di barat laut negara itu.
AWANI Ringkas: Empat individu mengaku bersalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bas dari Thailand dibenar masuk Malaysia, perlu permit APAD - Anthony Loke
Bas dari Thailand dibenarkan masuk ke Malaysia tetapi perlu membuat permohonan dengan Agensi Pengakutan Awam Darat (APAD) terlebih dahulu dan permit sementara akan dikeluarkan kepada pemohon tersebut.
Tidak pernah benarkan bida harga, MOT arah APAD semak aplikasi perkhidmatan e-hailing
Kementerian Pengangkutan tidak pernah membenarkan mana-mana penyedia aplikasi perkhidmatan pengangkutan e-hailing menggunakan sistem bidaan harga.
Pemandu bas halau penumpang: APAD arah siasatan lanjut dijalankan
Memandang serius insiden berkenaan, APAD dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa syarikat itu telah menggantung tugas pemandu bas terlibat.
Aidilfitri: Tiket ke utara, tren ELA ke Pantai Timur habis dijual - Loke
Semua tiket melibatkan perkhidmatan tren elektrik (ETS) menghala ke Utara dan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri (ELA) ke Pantai Timur telah habis dijual sempena sambutan Aidilfitri.
Pengendali terminal bas di Semenanjung wajib mohon lesen terminal - Loke
Pelesenan terminal adalah penting bagi penyeragaman kawal selia dalam memastikan kemudahan, keselamatan dan tahap perkhidmatan terminal pengangkutan sentiasa berada di tahap terbaik.
Aidilfitri: APAD harap lebih banyak pengendali bas ekspres mohon LPS
APAD turut mengingatkan pengendali bas ekspres berkenaan supaya mengenakan tambang yang munasabah.
Aidilfitri: Kadar tambang bas ekspres ekonomi meningkat 10 peratus - APAD
Kadar tambang bas ekpres kategori perkhidmatan ekonomi mengalami kenaikan 10 peratus sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri mulai 4 hingga 17 April ini.
Kadar tambang bas ekspres eksekutif, ekonomi ikut jadual tambang - APAD
Harga tiket bas berbeza mengikut jenis perkhidmatan yang ditawarkan kepada penumpang.
LPS: Terhad kepada bas ekspres ekonomi, tidak melebihi had usia 10 tahun - APAD
Permohonan Lesen Perubahan Sementara Perayaan yang dibuka mulai 15 Jan hingga 5 Feb 2024 adalah terhad kepada perkhidmatan bas ekspres ekonomi.
APAD dapatkan maklum balas cadangan pembinaan sistem trem moden di Melaka
Pandangan dan maklum balas penting sebelum keputusan railway scheme dikeluarkan untuk pelaksanaan kerja-kerja pembinaan trem.