awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LPS: Terhad kepada bas ekspres ekonomi, tidak melebihi had usia 10 tahun - APAD

Bernama
Bernama
13/01/2024
07:24 MYT
LPS: Terhad kepada bas ekspres ekonomi, tidak melebihi had usia 10 tahun - APAD
APAD memaklumkan permohonan tertakluk kepada beberapa syarat iaitu membenarkan permohonan LPS kepada bas ekspres yang dilengkapi Sistem Kedudukan Sejagat (GPS) serta mematuhi dasar dan spesifikasi bas ekspres. - Gambar hiasan/Bernama
PUTRAJAYA: Permohonan Lesen Perubahan Sementara (LPS) Perayaan yang dibuka mulai 15 Jan hingga 5 Feb 2024 adalah terhad kepada perkhidmatan bas ekspres ekonomi dan tidak melebihi had usia 10 tahun, demikian menurut Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan APAD hari ini, agensi itu memaklumkan permohonan berkenaan turut tertakluk kepada beberapa syarat iaitu membenarkan permohonan LPS kepada bas ekspres yang dilengkapi Sistem Kedudukan Sejagat (GPS) serta mematuhi dasar dan spesifikasi bas ekspres.
"Bas persiaran yang melebihi had usia penggunaan dan telah mendapat kelulusan Laporan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) VR1 Khas (Kod 9009) juga dibenarkan untuk memohon LPS," menurut kenyataan itu.
Semalam, Menteri Pengangkutan Anthony Loke dilaporkan berkata APAD akan membuka permohonan LPS yang sah laku bagi tempoh 7 hingga 18 Feb. Langkah itu bertujuan menampung permintaan bas yang tinggi sempena perayaan Tahun Baharu Cina.
Agensi itu berkata pihaknya mempelawa semua pengendali bas yang berminat untuk mengemukakan permohonan yang lengkap dan mematuhi semua syarat ditetapkan di semua Pejabat Wilayah dan kaunter APAD di Semenanjung Malaysia.
"Pihak APAD sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik setiap masa dan sokongan berterusan semua pihak amatlah diharapkan," menurut APAD.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lesen Perubahan Sementara Perayaan
#musim perayaan
#Agensi Pengangkutan Awam Darat
#APAD
#bas ekspres ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan