MELAKA: Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sedang mendapatkan pandangan dan maklum balas orang ramai berkaitan cadangan pembinaan sistem trem moden di Melaka yang akan dibina sebuah syarikat swasta.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata pandangan dan maklum balas berkenaan penting sebelum keputusan railway scheme dikeluarkan kepada syarikat berkenaan untuk melaksanakan kerja-kerja pembinaan trem berkenaan.
"APAD telah membuat paparan umum... sebelum railway scheme dikeluarkan, syarikat berkenaan perlu melakukan pemeriksaan awam dan perkara berkenaan sedang dilakukan.
"Orang ramai boleh memberi pandangan termasuk kesan terhadap mereka sama ada positif atau negatif kerana APAD akan mengumpul semua pandangan berkenaan sebelum railway scheme diluluskan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Negeri Melaka Kali ke-24 di sini semalam.
Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas pengumuman APAD di platform Facebook rasminya berkaitan cadangan pembinaan sistem trem moden di Melaka oleh Metro Trem Sdn Bhd.
APAD memaklumkan sistem pengangkutan itu melibatkan jajaran kira-kira 20 kilometer dengan 25 hentian termasuk depot yang akan menyambungkan perkhidmatan bas sedia ada, perkhidmatan teksi dan sistem pengangkutan masa hadapan lain.
Mengulas lanjut, Loke berkata pembinaan sistem trem moden itu perlu dilakukan mengikut prosedur dan peraturan sedia ada namun Kementerian Pengangkutan (MoT) bersedia membantu syarikat berkenaan membangunkan sistem pengangkutan baharu di negeri pelancongan itu.
"Di MoT, kalau ada pelaburan daripada pihak swasta yang mendapat sokongan kerajaan negeri dan berlandaskan undang-undang serta peraturan sedia ada, kita tidak ada masalah untuk permudahkan... kalau ada perkara yang baik perlu kita buat sedikit pindaan, kita akan bantu," katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata MoT juga akan membantu kerajaan negeri Melaka untuk menubuhkan pusat aeroangkasa sekali gus menjadi hab penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam di sini.
Katanya, cadangan penubuhan pusat aeroangkasa itu merupakan satu perancangan yang baik dalam usaha mengoptimumkan semula penggunaan dan fungsi LTAM yang kini tidak mengendalikan penerbangan komersial.
"Cadangan yang melibatkan pelaburan sebuah syarikat dari Itali itu juga tidak memerlukan pelaburan tambahan daripada kerajaan sebaliknya memanfaatkan semula semua fasiliti atau kemudahan sedia ada di LTAM.
"Perkara ini boleh dibincangkan dengan lebih lanjut termasuk melibatkan Malaysia Airports Holdings Bhd kerana (di LTAM) ada landasan, terminal dan kawasan yang luas... jadi kalau ada syarikat yang berminat, MoT tiada masalah," katanya
Beliau berkata usaha membangunkan semula LTAM merupakan sebahagian dasar pengangkutan negara agar hab penerbangan di negeri itu tidak terus terbengkalai selain dapat memberi tambahan pendapatan kepada kerajaan negeri menerusi pelaburan industri baharu ke Melaka.
Pada 30 Nov lepas, media melaporkan Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata pusat aeroangkasa dicadang ditubuhkan di LTAM hasil misi pelaburan kerajaan negeri ke luar negara, sebelum ini.
Ab Rauf dilaporkan berkata kerajaan negeri telah mengadakan pertemuan dengan sebuah syarikat dari Itali yang memiliki 15 aset helikopter di Malaysia untuk menjadikan LTAM sebagai lokasi penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) pesawat.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 10 2023

Orang ramai dipelawa hadir ke pemeriksaan awam di Ibu Pejabat APAD dan di Plaza Melaka Sentral atau layari www.metrotrem.com untuk buat semakan dokumen berkaitan cadangan Metro Trem membina sistem trem moden untuk Melaka. - Facebook APAD

24 maut, ratusan hilang tempat tinggal akibat banjir di Bolivia
Perkhidmatan meteorologi Bolivia (Senamhi) mengeluarkan amaran jingga dari 7 hingga 22 Februari.

Keputusan pemecatan Presiden Korea Selatan dijangka Mac
Mahkamah dijangka menamatkan prosiding pada penghujung Feb sebelum mengumumkan keputusan mengenai pemecatan Suk Yeol pada bulan berikutnya.

Bangladesh sasar pilihan raya menjelang Disember
Kerajaan peralihan Bangladesh sedang berusaha untuk mengadakan pilihan raya umum menjelang Disember tahun ini.

Saifuddin dilantik Pengerusi PH Kedah yang baharu
Fokus Saifuddin di Kedah ialah melakukan persiapan sebagai 'kerajaan menanti' selain pastikan PH jadi pembangkang yang kredibel.
Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang
Dua wanita kerugian hampir RM50,000 selepas disamun di sebuah runcit di Bandar Parklands, Klang pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong dalam satu kenyataan pada Selasa berkata kejadian berlaku kira-kira 2 petang apabila premis terbabit dimasuki seorang lelaki bersenjatakan parang dan meluru ke arah seorang pelanggan wanita berusia 59 tahun.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong dalam satu kenyataan pada Selasa berkata kejadian berlaku kira-kira 2 petang apabila premis terbabit dimasuki seorang lelaki bersenjatakan parang dan meluru ke arah seorang pelanggan wanita berusia 59 tahun.
Gerai mercun terbakar, lima kenderaan musnah
Lima kenderaan musnah selepas sebuah gerai menjual mercun terbakar di Jalan Dataran Cheras 6, Dataran Perniagaan Cheras, Selangor pada Selasa malam.

Jordan tegas menentang pemindahan rakyat Palestin – Raja Abdullah
Usaha bangunkan semula Gaza tanpa memindahkan rakyat Palestin serta menangani krisis kemanusiaan harus menjadi keutamaan semua pihak, kata Raja Abdullah.

Trump kongsi cadangan bangunkan Gaza sekalipun ditentang Raja Jordan
Lawatan Raja Abdullah ke Washington berlaku dalam saat genting bagi gencatan senjata di Gaza.
"Kami tetap akan ambil alih Gaza" - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, sekali lagi menegaskan rancangannya untuk mengambil alih Gaza dalam pertemuan dengan Raja Jordan, Raja Abdullah, pada selasa.
Mesir cadang pelan bina semula Gaza
Mesir mengumumkan rancangan untuk mengemukakan cadangan komprehensif bagi membina semula Gaza serta memastikan penduduk Palestin kekal di wilayah mereka.

GV Ride bakal perkenal e-hailing guna EV bermula Disember
Langkah itu merupakan salah satu daripada langkah untuk mempromosikan EV dalam industri e-hailing.

Syarikat pengendali bakal berdepan penggantungan lesen operasi - Anthony Loke
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, tindakan ini akan diambil jika syarikat itu didapati tidak mematuhi peraturan keselamatan yang ditetapkan.

APAD batal, gantung lesen syarikat bas persiaran terlibat nahas Genting Highlands
Syarikat bas persiaran yang terlibat kemalangan ketika dalam perjalanan turun dari Genting Highlands pada Sabtu lepas kemungkinan berdepan hukuman penggantungan atau pembatalan lesen di bawah Akta Pen

Nahas bas Genting Highlands: Permit tamat tempoh, syarikat pelancongan bakal didakwa - Loke
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) diarahkan untuk mengeluarkan surat tunjuk sebab yang perlu dijawab syarikat itu dalam tempoh tiga hari.

Nahas bas Jalan Kuantan-Segamat: APAD dapatkan laporan lengkap sebelum ambil tindakan
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sedang bekerjasama dengan agensi terlibat bagi mendapatkan laporan lengkap insiden kemalangan jalan raya antara sebuah bas persiaran dan treler di Jalan Kuantan -

Isu kontrak suami: "Saya berdiam kerana enggan ganggu siasatan" - Hannah
Menteri Belia dan Sukan itu berkata, siasatan sudah bermula dan beliau mahu segala kebenaran dapat didedahkan selepas isu tersebut disiasat.

Bas dari Thailand dibenar masuk Malaysia, perlu permit APAD - Anthony Loke
Bas dari Thailand dibenarkan masuk ke Malaysia tetapi perlu membuat permohonan dengan Agensi Pengakutan Awam Darat (APAD) terlebih dahulu dan permit sementara akan dikeluarkan kepada pemohon tersebut.

Tidak pernah benarkan bida harga, MOT arah APAD semak aplikasi perkhidmatan e-hailing
Kementerian Pengangkutan tidak pernah membenarkan mana-mana penyedia aplikasi perkhidmatan pengangkutan e-hailing menggunakan sistem bidaan harga.

Pemandu bas halau penumpang: APAD arah siasatan lanjut dijalankan
Memandang serius insiden berkenaan, APAD dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa syarikat itu telah menggantung tugas pemandu bas terlibat.

Aidilfitri: Tiket ke utara, tren ELA ke Pantai Timur habis dijual - Loke
Semua tiket melibatkan perkhidmatan tren elektrik (ETS) menghala ke Utara dan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri (ELA) ke Pantai Timur telah habis dijual sempena sambutan Aidilfitri.