awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AIGE jadi rujukan kawal selia penggunaan AI - Chang Lih Kang

Bernama
Bernama
03/05/2025
13:15 MYT
AIGE jadi rujukan kawal selia penggunaan AI - Chang Lih Kang
Chang (tiga, kanan) menerima cenderahati daripada Datuk Kwan Foh Kwai (dua kiri) pada Program Perak Ignite Entrepreneur Summit 2025 hari ini. - Gambar Bernama
IPOH: Walaupun penggubalan undang-undang berkaitan penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) belum dirancang, namun Garis Panduan Tadbir Urus dan Etika AI (AIGE) telah dijadikan rujukan bagi mengawal selia penggunaan teknologi tersebut.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang berkata pihaknya telah mengadakan konsultasi dengan semua pemain industri mengenai pelaksanaan AIGE dan pihak terbabit bersetuju untuk mematuhi garis panduan berkenaan.
"Belum ada jangka masa yang jelas (untuk mengubal undang-undang berkaitan), tetapi itu adalah matlamat akhir kami supaya garis panduan (AIGE) itu boleh menjadi rujukan, dan dikuatkuasakan sebagai undang-undang.
"Buat waktu ini masih ada undang-undang sedia ada boleh diguna pakai seperti Akta Komunikasi dan Multimedia, Kanun Keseksaan dan lain-lain," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Perak Ignite Entrepreneur Summit 2025 di Sekolah Menengah Kebangsaan Yuk Choy di sini hari ini.
Sebelum ini media melaporkan Timbalan Ketua Pengarah Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) Ahmad Sazilee Abdul Khairi berkata 'scammer' atau penipu mengambil kesempatan daripada perkembangan teknologi AI yang sangat drastik untuk mengaut keuntungan berlipat ganda dengan menggunakan pelbagai taktik terkini.
Ahmad Sazilee berkata amat penting masyarakat sentiasa cakna dan mengikuti perkembangan semasa serta berhati-hati dengan sindiket penipuan menggunakan kandungan dihasilkan AI untuk memperdaya orang ramai.
Pada September tahun lepas, kerajaan melancarkan AIGE, dan Chang ketika itu dilaporkan berkata garis panduan tersebut merupakan persediaan sekiranya kerajaan melaksanakan undang-undang AI pada masa akan datang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kecerdasan buatan
#AIGE
#garis panduan
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan