KUALA LUMPUR : Pelajar, Ain Husniza Saiful Nizam yang sebelum ini tular kerana mendedahkan gurauan rogol oleh guru sekolahnya di aplikasi media sosial TikTok mengakui telah menerima notis tuntutan berjumlah RM1 juta.
Kata Ain Husniza menerusi perkongsian di laman Instagramnya, dia dituntut untuk membayar jumlah berkenaan dalam tempoh tujuh hari sebagai ganti rugi kenyataan yang telah dibuat olehnya terhadap guru terbabit.
"Hari ini, secara tiba-tiba semasa kelas atas talian berlangsung, saya menerima tuntutan (RM1 juta) berkenaan kenyataan saya yang didakwa sebagai 'fitnah,' kata remaja perempuan berusia 17 tahun itu.
Ain bagaimanapun tidak menyatakan secara spesifik kenyataan yang berkaitan dengan tuntutan yang difailkan oleh guru itu.
Bapanya, Saiful Nizam Ab Wahab berkata tuntutan itu difailkan ke atas kenyataan yang dibuat oleh Ain menerusi webinar, kenyataan akhbar dan media.
“Guru itu letak nama Ain, nama saya (bapa) dan isteri saya yang menyatakan buat fitnah ke atas dirinya menerusi webinar, kenyataan akhbar dan media.
“Dia menuntut untuk menarik balik, membuat permohonan maaf dan bayaran ganti rugi sebanyak RM1 juta," katanya memetik laporan Sinar Harian.
Ain dalam masa yang sama meminta orang ramai untuk mendoakan segala urusan berkenaan hal ini dipermudahkan dan berterima kasih atas segala sokongan yang diberikan kepadanya dan keluarga.
Terdahulu, Ain Husniza pernah tular kerana membuat kenyataan yang mendedahkan gurauan rogol yang dibuat oleh gurunya di dalam kelas.
Nickyson Nyambar
Wed Aug 04 2021
Kata Ain Husniza Saiful Nizam, tuntutan berjumlah RM1 juta itu dibuat oleh individu yang sama iaitu guru yang pernah didedahkannya atas gurauan rogol sebelum ini. - Gambar Instagram Ain Husniza Saiful Nizam
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Jenaka rogol: Pejabat Peguam Negara mohon tarik diri wakili guru
Menerusi afidavit sokongan, dinyatakan bahawa permohonan itu dibuat kerana guru berkenaan, Khairul Nizam Sanuddin sudah diwakili peguam lain.
Ain Husniza terima notis tuntutan 'fitnah' RM1 juta
Katanya, dia mempunyai tujuh hari untuk menyelesaikan tuntutan berkenaan.