awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ainul Mardhiah kritikal akibat jangkitan virus, ditempatkan di PICU - Ibu

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
01/08/2022
08:54 MYT
Ainul Mardhiah kritikal akibat jangkitan virus, ditempatkan di PICU - Ibu
Menurut ibunya, serangan virus dikesan selepas Ainul muntah dengan kerap dan cirit-birit dalam masa sehari. - Gambar/ IG _nrlerwani
KUALA LUMPUR : Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, kanak-kanak yang sebelum ini selamat menjalani pembedahan akibat kanser mulut, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal akibat jangkitan virus.
Ibunya, Nurul Erwani Zaidi memaklumkan, anaknya itu kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) sebuah hospital.
"Doktor ICU beritahu keadaan Ainul kali ni agak kritikal dan tenat. Satu badan penuh dengan wayar dah anak mama ni. Mama tak minta banyak. Mohon doakan anak kesayangan mama, Ainul Mardhiah ni jadi lagi kuat untuk lawan penyakit ni," katanya melalui status yang dimuat naik di Instagramnya pada Isnin.
Menceritakan lanjut, Nurul Erwani berkata, kejadian bermula apabila Ainul kerap muntah dan cirit-birit dalam masa sehari.
"Hari kedua mama tengok Ainul dah tak bermaya sangat sebab nampak lain sangat keadaan Ainul kali ni. Terus bawa ke emergency," ujarnya.
BACA: Ainul Mardhiah selamat dibedah, tumor 200 gram berjaya dibuang
BACA: Video Ainul Mardhiah mesra 'berceloteh' dengan ibu sentuh hati ramai
BACA: Happy Birthday... Ainul Mardhiah sambut ulang tahun pertama hari ini!
Setakat ini, jangkitan virus berkenaan berada di banyak bahagian di badan Ainul katanya.
"Doktor buat prosedur dan beritahu rupanya Ainul dah terlalu tenat sebab infection dah ada dekat semua tempat. Mama rasa gagal sebab tak beri perhatian pada Ainul. Doakan ya semua," ujarnya.
View this post on Instagram
A post shared by Nurul Erwani Zaidi (@_nrlerwani)
Ainul Mardhiah yang menghidap ketumbuhan 'Germ Cell Tumour' seberat 200 gram di mulutnya selamat menjalani pembedahan di sebuah hospital di London, United Kingdom pada 2019 ketika berusia sembilan bulan.
Ketumbuhan pada mulutnya mula membesar sejak dilahirkan dan dibuang sekumpulan pakar bedah dan anestetik, diterajui Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Prof David Dunaway.
Sementara itu, pelatih pakar bedah, Dr Nur Amalina Che Bakri yang yang sebelum ini turut terbabit dalam pembedahan itu mengajak semua rakyat Malaysia mendoakan Ainul.
"Ya Allah Ya Tuhanku, marilah kita sama-sama doakan untuk adik Ainul. Keep fighting Ainul! You did it before, you can do it again! Ya Allah ," katanya dalam satu mesej di ruangan komen Instagram Nurul Erwani.
Topic Berkaitan
#Ainul Mardhiah
#kanser mulut
#kritikal
#jangkitan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan