awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS Rantau Panjang rekod lebih 1.78 juta pergerakan keluar masuk sepanjang 2025
Jerman gesa "reformasi menyeluruh" Majlis Keselamatan PBB
Turkiye, tujuh negara lain gesa Israel tarik balik sekatan bantuan Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Air longkang warna biru

Sinar Harian
Sinar Harian
22/08/2021
04:22 MYT
Air longkang warna biru
Sebuah kilang sarung tangan getah didapati melepaskan sisa air tanpa rawatan ke dalam longkang awam pada Sabtu. -Foto Sinar Harian
SEPANG: Pihak pengurusan sebuah kilang sarung tangan getah di sini yang menyangka tiada penguatkuasaan semasa cuti umum mengundang padah apabila digempur selepas melepaskan sisa air tanpa rawatan ke dalam longkang awam pada Sabtu.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam satu kenyataan di Facebook pada Ahad memaklumkan, tindakan premis terbabit menyebabkan berlaku pencemaran di Sungai Labu di sini.
Menurut kenyataan itu, hasil siasatan mendapati premis itu melepaskan sisa air ke longkang awam tanpa dirawat melalui Sistem Pengolahan Efluen (SPE).
"JAS telah mengambil tindakan tegas terhadap kilang terbabit yang ketika itu sedang melakukan pelepasan sisa air berwarna biru melalui saluran paip pelepasan akhir," katanya.
Kenyataan itu juga memberitahu, JAS menahan operasi kelengkapan kilang berkenaan bagi menghentikan pencemaran itu serta merta.
"Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 bagi menghentikan segera pencemaran dan untuk siasatan lanjut.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 25, Akta yang sama dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009," menurut kenyataan itu.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#air longkang
#warna biru
#JAS
#Sistem Pengolahan Efluen
#SPE
#Jabatan Alam Sekitar
#Sungai Labu
#sisa air
#kilang sarung tangan getah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan