awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Air pasang besar: Beberapa kediaman terjejas akibat hakisan pantai

Wan Zuratikah Iffah Wan Zulkifli
Wan Zuratikah Iffah Wan Zulkifli
04/01/2022
23:00 MYT
Air pasang besar: Beberapa kediaman terjejas akibat hakisan pantai
Penduduk berharap agar pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya dengan melakukan kerja pembaikan sementara tebing yang runtuh bagi mengelak hakisan berterusan. - Astro AWANI
DUNGUN: Fenomena air pasang besar serta angin kencang sejak awal minggu lalu menyaksikan hakisan teruk sepanjang kira-kira dua kilometer di Pantai Paka, Dungun, Terengganu.
Keadaan itu mengakibatkan hampir 20 keluarga di Kampung Cacar Lama hidup dalam kebimbangan berikutan hakisan yang berlaku lebih buruk berbanding tahun lalu.
Menurut Hasri Hashim, 48, lima unit inap desa yang dibina tahun lepas hampir runtuh akibat hakisan.
"Hampir separuh chalet kami, dua hingga tiga chalet jatuh ke laut dan tahun ni tinggallah tanah sekangkang kera dengan chalet saya ini hampir tiga akan tumbang, menunggu rebah di dalam laut.
"Setakat ini kerugian kami, tahun lepas kami rugi lebih kurang dalam RM300,000 Dan setelah pihak kontraktor yang membuat balik kawasan Ini, kami baik pulih dan akhirnya kerugian lagi lebih kurang dalam RM200,000," katanya.
Sementara itu Zainalwati Samad, 52, berharap agar pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya dengan melakukan kerja pembaikan sementara tebing yang runtuh bagi mengelak hakisan berterusan.
"Memang bimbanglah dengan musim ini sebab kami sentiasa dibadai ombak ketika musim tengkujuh. Setiap tahun semakin terhakis tanah di kawasan sekeliling rumah. Habis runtuh semua," katanya.
Fenomena air pasang besar dijangka akan berakhir pada hari Sabtu ini dengan paras air tertinggi dicatatkan sehingga 3.7 meter.
Topic Berkaitan
#banjir
#air pasang besar
#hakisan pantai
#musim tengkujuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan