Penduduk kawasan pesisir pantai di Selangor dinasihatkan supaya tidak panik kerana pihak yang bertanggungjawab telah melakukan persiapan bagi menghadapi fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku hujung minggu ini.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Hamim Samuri berkata kerja-kerja membaiki ban dan benteng telah disiapkan sepenuh oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di kawasan berhampiran kampung-kampung yang terjejas akibat fenomena sama bulan lepas.
Selain itu, JPS turut menyediakan sebanyak 21 buah pam di kawasan Klang bagi tujuan menyedut keluar air limpahan laut, katanya kepada pemberita selepas meninjau kerja-kerja membaiki ban dan benteng di Kampung Sungai Serdang dan Kampung Tok Muda, Kapar, di sini pada Jumaat.
Hadir sama Ketua Pengarah JPS, Datuk Zulkefli Hassan dan Pengarah JPS Selangor, Hashim Osman.
Jawatankuasa Bencana Selangor sebelum ini meramalkan kenaikan paras air laut berada pada paras tertinggi iaitu mencecah 5.7 meter antara 16 hingga 19 Okt ini yang menyebabkan beberapa kawasan di pesisir pantai berisiko banjir.
Mengulas lanjut mengenai kerja-kerja membaiki ban dan benteng itu, Hamim berkata kementerian telah meluluskan peruntukan RM500,000 untuk pelaksanaan kerja segera di Kampung Sungai Serdang, Kampung Tok Muda dan Kampung Sungai Janggut, Kapar.
Mengenai persiapan jangka panjang bagi menghadapi fenomena berkenaan, beliau berkata, JPS menganggarkan sejumlah RM416 juta diperlukan bagi perlindungan kawasan pantai untuk keseluruhan Pantai Barat Semenanjung Malaysia sepanjang kira-kira 119km.
Katanya, ia adalah untuk membina ban pantai berdasarkan reka bentuk khusus bagi menangani fenomena air pasang besar dan menaik taraf serta meninggikan ban sedia ada di kawasan-kawasan berisiko terutamanya di kawasan rendah dan landai serta kawasan pertembungan air pasang besar atau ombak kuat. - Bernama
Bernama
Fri Oct 14 2016

Penduduk kawasan pesisir pantai di Selangor dinasihatkan supaya tidak panik kerana pihak yang bertanggungjawab telah melakukan persiapan bagi menghadapi fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku hujung minggu ini. -Gambar hiasan

Enam beranak antara 44 maut akibat serangan udara Israel di Gaza
"Cukuplah... setiap hari ada kematian, setiap hari kami kehilangan orang tersayang."

Konsep MADANI boleh diperluaskan ke peringkat ASEAN - Dr Jemilah
Nilai teras yang diketengahkan dalam konsep itu seperti keadilan dan kemanusiaan adalah sejajar dengan dengan aspirasi ASEAN.

‘BERHENTI Vladimir!’: Trump beri amaran kepada Putin selepas serangan maut di Kyiv
Amaran Trump dikeluarkan selepas Presiden Ukraine merayu kepada sekutunya agar tingkatkan tekanan terhadap Rusia supaya hentikan pencerobohan.

Semua pihak diseru junjung prinsip keadilan, keutuhan pentadbiran - Raja Perlis
Tuanku Syed Sirajuddin bertitah, 25 tahun pemerintahan baginda itu memperlihatkan pelbagai cabaran dan kejayaan.

PRU2025 Singapura: PM Wong seru kekalkan perpaduan ketika PAP mulakan kempen
PM Singapura seru rakyat negara itu kekal bersatu dan tidak membenarkan kuasa luar atau perbezaan pandangan terhadap isu global memecahbelahkan negara.

Presiden Maldives akan lawat Malaysia untuk perkukuh hubungan dua hala
Presiden Maldives Mohamed Muizzu dijadual memulakan lawatan rasmi selama empat hari ke Malaysia mulai Ahad ini.

Usaha pembaharuan Bangladesh dapat sokongan kuat Qatar
Program pembaharuan kerajaan sementara Bangladesh menerima sokongan kuat dari Qatar.

Korea Selatan, AS adakan rundingan perdagangan berkaitan tarif
Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) mengadakan rundingan perdagangan peringkat tinggi di Washington pada Khamis, ketika Seoul berusaha untuk menghapuskan tarif "timbal balik" menyeluruh yang diken

PRU Singapura 2025: Lapan parti layak guna masa siaran untuk kempen
Tempoh masa siaran yang diperuntukkan untuk setiap parti politik adalah berdasarkan jumlah calon yang diletakkan olehnya.

Perlis perkasa program agama tangani gejala sosial
Kerajaan Perlis akan perkasa program keagamaan dalam usaha menangani gejala sosial terutamanya masalah penagihan dadah dan arak di negeri tersebut.

Terengganu dijangka kembali dilanda banjir esok
Terengganu dijangka kembali dilanda banjir esok

Fenomena air pasang besar diramal berlaku di Hilir Perak mulai hari ini
Kejadian fenomena air pasang besar kali ini dijangka pada skala yang lebih besar berbanding bulan September yang lalu.

Air pasang besar punca banjir di Negeri Sembilan - MB
Kejadian banjir yang berlaku di Negeri Sembilan sejak Selasa lalu disebabkan fenomena air pasang besar terutamanya di kawasan Port Dickson.

Banjir di Batu Pahat mungkin berlarutan seminggu lagi - Polis
Banjir yang melanda daerah Batu Pahat, Johor, pada ketika ini, dijangka berlarutan seminggu lagi.

Banjir Mersing: Penduduk sifatkan terburuk dialami dalam 5 tahun
Banjir yang melanda daerah Mersing pada ketika ini, disifatkan yang terburuk pernah dialami, sejak tempoh lima tahun.

Air pasang besar diramal berlaku hingga Ahad
Penduduk di kawasan pesisir pantai disaran berwaspada dengan fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku bermula hari ini hingga Ahad.

Fenomena air pasang besar terkawal - Bomba
Tinjauan di Pelabuhan Klang dan beberapa kampung mendapati air dilihat sedikit tinggi pada jam 7.15 pagi hingga ke 7.45 pagi.

Komuniti maritim di Kedah diingatkan berwaspada fenomena air pasang besar
Keadaan laut juga berbahaya kepada bot-bot kecil berikutan hujan lebat dan laut bergelora dengan ombak boleh mencapai ketinggian 1.5 sehingga 2.5 meter.

Fenomena air pasang besar landa empat negeri mulai 4 Nov
Fenomena air pasang besar dijangka melanda Kedah, Perak, Selangor dan Johor selama empat hari mulai 4 Nov depan.

'Tandas, bilik mandi pun hanyut'
Hujan lebat dan fenomena air pasang besar mengakibatkan hakisan lebih teruk berlaku.