awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Air, sabun mampu nyahkan agen saraf VX - Pakar toksik

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
04/10/2017
11:14 MYT
Air, sabun mampu nyahkan agen saraf VX - Pakar toksik
Media sebelum ini melaporkan kedua-dua tertuduh ada membasuh tangan selepas dipercayai menyapu agen saraf VX pada muka dan mata Kim Jong Nam. - Foto ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR
Air dan sabun merupakan prosedur yang diterima secara universal dalam proses menyahkan bahan toksik dan kimia.
Perkara tersebut diakui Pakar Toksik Klinikal Bebas, Datin Dr Ranjini Sivaganabalan pada perbicaraan kes pembunuhan Kim Jong Nam di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu.
Namun, beliau yang merupakan saksi ketujuh berkata, ia bergantung kepada tahap pencemaran terhadap bahan kimia tersebut.
"Prosedur air dan sabun secara universal diterima untuk proses tersebut.
"Sodium hypochlorite (kompaun peluntur) boleh menyebabkan iritasi bagi sesetengah individu.
"Air dan sabun sudah memadai," katanya pada sesi soal jawab peguam bela di Mahkamah Tinggi di sini.
Bagaimanapun, katanya walaupun air dan sabun boleh menyahkan bahan kimia, namun ia tidak boleh dinyahkan dengan sepenuhnya.
Beliau turut mengakui tidak pernah melihat secara mata kasar agen saraf VX dalam bentuk cecair.
Dr Ranjini merupakan pakar toksik yang berpengalaman dalam beberapa siri forum, bengkel dan latihan berkaitan senjata pemusnah besar-besaran.
Antara latihan yang dihadirinya adalah 'Special Training on Weapon of Mass Destruction' pada 2006 yang ditaja kerajaan Amerika Syarikat.
Topic Berkaitan
#kim jong nam
#kimia
#klinikal
#mahkamah
#pakar
#peluntur
#perbicaraan
#shah alam
#Sodium hypochlorite
#toksik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan