KUALA LUMPUR: Pemain remaja negara Aira Azman disifatkan sebagai permata baharu sukan skuasy yang mampu menempa lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.
Jurulatih skuasy kebangsaan Andrew Cross berkata kejayaan atlet berusia 18 tahun itu melangkah ke final Kejohanan Dunia di Melbourne, Australia merupakan pencapaian yang sangat baik, selepas ratu skuasy negara Datuk Nicol David melakukannya pada 2001.
Prestasi Aira pada kejohanan itu cukup memberangsangkan apabila muncul naib juara acara individu wanita selepas tewas kepada juara bertahan Amina Orfi dari Mesir 8-11, 5-11, 1-11 dan pada masa sama membantu skuad wanita negara muncul naib juara acara berpasukan.
"Dia mempunyai potensi, walaupun tewas di final, dia sudah memberikan saingan kepada beberapa pemain yang berada di ranking lebih tinggi dan menewaskan pemain di ranking 10 terbaik.
"Berdepan pemain Mesir pada perlawanan akhir merupakan tugasan berat, tapi dia sudah berikan yang terbaik sepanjang minggu itu. Dia boleh berbangga dengan dua minggu yang cemerlang di Australia," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Walaupun terlepas peluang meraih gelaran juara acara berpasukan wanita, Cross yakin pasukan sedia ada mempunyai potensi besar terutama dalam kalangan pemain akan melalui transisi daripada remaja ke skuad senior selepas ini.
Selain Aira, turut membantu pasukan wanita negara muncul naib juara Kejohanan Dunia Remaja ialah K. Sehveetrraa, U.Thanusaa, and Whitney Isabelle Wilson.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 01 2023
Andrew berkata kejayaan Aira melangkah ke final Kejohanan Dunia di Melbourne merupakan pencapaian yang sangat baik. - Facebook Aira Azman
Tyra Kamaruzzaman kini isteri pereka fesyen, terima mas kahwin RM1,111
Menerusi perkongsian siaran langsung di Instagram, pasangan itu dinikahkan oleh bapa Tyra, Kamaruzzaman.
[TERKINI] Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2024
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Majlis Perhimpunan Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2024 di Ipoh.
Majlis perhimpunan sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2024
4 Mei ialah tarikh keramat bagi semua anggota bomba di seluruh dunia dan pastinya, anggota bomba di Malaysia juga meraikan hari tersebut yang disambut pada setiap tahun di seluruh dunia.
Dengan Ipoh sebagai lokasi pilihan pada tahun ini, sambutan Hari Bomba Sedunia 2024 terus mengangkat 'Bomba Tonggak Penyelamat Negara' sebagai tema.
Dan untuk kita mendapatkan perkembangannya, langsung sahaja bersama wartawan Astro AWANI, Farhan Hakimi di Tambun.
Dengan Ipoh sebagai lokasi pilihan pada tahun ini, sambutan Hari Bomba Sedunia 2024 terus mengangkat 'Bomba Tonggak Penyelamat Negara' sebagai tema.
Dan untuk kita mendapatkan perkembangannya, langsung sahaja bersama wartawan Astro AWANI, Farhan Hakimi di Tambun.
Cuaca panas: Orang ramai tidak perlu risau, KKM sentiasa pantau keadaan
Orang ramai diminta tidak khuatir dengan cuaca panas yang melanda beberapa negeri ketika ini kerana situasi itu sentiasa dipantau rapat Kementerian Kesihatan (KKM).
Lima ulat parkir ditahan di Melaka
Ujian saringan air kencing mendapati dua lelaki dan seorang wanita yang ditahan itu positif dadah.
Barcelona tekad langsai hutang jumpa Girona
Barcelona akan menentang Girona dalam perlawanan 'derby' Catalan hujung minggu ini dengan misi membalas dendam awal musim ini.
Kemelut PKR Sabah: Tunggu Anwar umum Pengerusi MPN
Semua pihak diminta bersabar untuk menunggu keputusan daripada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung perkara itu.
Reformasi pembangunan TVET perlu dibuat secara holistik
Reformasi pembangunan perlu dibuat secara holistik membabitkan ekosistem Pendidikan TVET sedia ada di Malaysia, kata Presiden Yayasan Mahir Malaysia, Datuk P Sri Ganesh.
AWANI-RareTV: Kampung bunian di Switzerland
Penulis J.R.R Tolkien menjadikan Lauterbrunnen sebagai latar dan insipirasi kepada penghasilan kampung 'Rivendell'.
Hubungan Klopp-Salah kembali jernih
Klopp dan Salah bertelagah di tepi padang ketika Liverpool seri 2-2 dengan West Ham minggu lalu.
Peluang Sivasangari ikut jejak Nicol
Menurut Rizal, Sivasangari perlu diberi peluang melalui proses pembinaan kerjaya yang betul, sekali gus mengelak tekanan tinggi.
Sivasangari cipta sejarah juara Skuasy Klasik London
Pemain berusia 25 tahun yang menghuni kedudukan 13 dunia itu menyingkirkan cabaran bintang nombor dua dunia dari Mesir, Hania El Hammamy.
Skuasy: Sivasangari hampir ketepikan juara bertahan Cleveland
S Sivasangari tewas kepada lawannya dari Georgina Kennedy dari England di separuh akhir, malam tadi.
Tokoh korporat beri sumbang peribadi untuk Yayasan Nicol, Kenneth Low
Tan Sri Mohamad Salim menyampaikan sumbangan peribadi berjumlah RM15,000 kepada Pertubuhan Nicol David dan bekas pemain skuasy negara Kenneth Low.
Nicol mahu lihat lebih ramai pemain wanita negara dalam 15 teratas
Nicol zahirkan harapan untuk melihat lebih ramai pemain wanita negara mencapai kedudukan 15 teratas dalam ranking dunia PSA.
Sukan skuasy dipertandingkan di Olimpik 2028
Skuasy bakal dipertandingkan di pentas Sukan Olimpik 2028 (LA28) selepas mendapat kelulusan Lembaga Eksekutif Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dalam satu mesyuarat yang berlangsung di Mumbai.
Skuasy Sukan Asia Hangzhou: Semua pemain acara individu ke suku akhir
Skuad skuasy negara memulakan kempen acara individu Sukan Asia 2022 dengan keputusan memberangsangkan untuk melangkah ke peringkat suku akhir.
Skuasy: Peluang Malaysia tebus kekecewaan di pentas final
Malaysia layak ke final buat kali ketiga berturut-turut dengan menewaskan Amerika Syarikat 3-0 pada aksi separuh akhir pada Jumaat.
Skuasy: Malaysia mara ke separuh akhir kejohanan dunia wanita
Pasukan Malaysia mempamerkan persembahan terpuji, membalas dendam atas kekalahan 2-1 dalam pertemuan akhir peringkat Asia bulan lepas.
Skuasy: Rachel wakil tunggal Malaysia ke separuh akhir
Rachel yang berada di kedudukan ke-26 dunia, akhirnya berjaya menundukkan pemain Mesir itu di suku akhir kejohanan pada Khamis.