awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] 2026: Cabaran dan agenda perkhidmatan awam negara
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Duta Korea Selatan imbau detik kegembiraan, keakraban pada tahun terakhir di Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AirAsia derma 15 peso bagi setiap tempat duduk terjual untuk 'To The Philippines With Love'

Bernama
Bernama
16/11/2025
02:30 MYT
AirAsia derma 15 peso bagi setiap tempat duduk terjual untuk 'To The Philippines With Love'
AirAsia akan mendermakan 15 peso bagi setiap tempat duduk yang terjual dari 15 Nov 2025 hingga 14 Jan 2026 untuk menyokong pemulihan bencana di Filipina. - Foto fail/REUTERS
KUALA LUMPUR: AirAsia akan mendermakan 15 peso (RM1.05)) bagi setiap tempat duduk yang terjual dari 15 Nov, 2025 hingga 14 Jan, 2026 untuk menyokong program bantuan dan pemulihan taufan di Filipina.

Ringkasan AI
  • AirAsia akan mendermakan 15 peso bagi setiap tempat duduk yang terjual dari 15 Nov 2025 hingga 14 Jan 2026 untuk menyokong pemulihan bencana di Filipina.
  • Program ini dilancarkan sebagai solidariti ASEAN susulan gempa bumi di Cebu dan Taufan Tino, dengan fokus kepada pemulihan komuniti terjejas.
  • Dana akan digunakan untuk membina semula infrastruktur komuniti serta menyediakan latihan dan kesedaran bagi memperkukuh daya tahan penduduk terhadap bencana.

Dalam kenyataan pada Sabtu, AirAsia menjelaskan sumbangan itu merupakan sebahagian inisiatif "To the Philippines with Love" yang dilancarkan dalam semangat solidariti ASEAN susulan bencana alam baru-baru ini, termasuk gempa bumi yang melanda Cebu pada Oktober serta Taufan Tino (Kalmaegi) yang telah menjejaskan wilayah itu.
Ketua Pegawai Eksekutif Capital A dan Penasihat AirAsia Aviation Group, Tan Sri Tony Fernandes berkata AirAsia berharap sumbangan itu dapat memberikan harapan dan membantu membangunkan semula perniagaan dan membolehkan penduduk setempat bangkit kembali.
"Sumbangan itu akan disalurkan menerusi AirAsia Foundation yang merupakan cabang dermawan kumpulan dalam menyokong projek bantuan dan pembinaan semula.
"Keutamaan diberikan kepada infrastruktur komuniti serta latihan dan kesedaran untuk memperkukuh keupayaan komuniti rentan dalam menghadapi bencana," katanya dalam kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AirAsia
#derma
#To the Philippines with Love
#ASEAN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan