Skip to main content

Teknologi

Sony pindah 419 paten XR kepada Meta, cetus spekulasi masa depan PlayStation VR

Paten terbabit merangkumi pelbagai teknologi berkaitan XR termasuk reka bentuk set kepala dan sistem paparan dipakai pada kepala. -Gambar fail
Paten terbabit merangkumi pelbagai teknologi berkaitan XR termasuk reka bentuk set kepala dan sistem paparan dipakai pada kepala. -Gambar fail

Advertisement

Ringkasan AI

  • Sony memindahkan 419 paten teknologi realiti lanjutan (XR) kepada Meta antara Jun hingga September tahun ini, melibatkan pelbagai negara.
  • Pemindahan paten ini mencetuskan spekulasi mengenai hala tuju perniagaan XR Sony, namun tiada pengumuman rasmi mengenai penghentian pembangunan produk VR atau XR.
  • Meta dijangka memperkukuh kedudukan dalam pasaran teknologi XR global melalui pemerolehan paten tambahan daripada Sony.

TOKYO: Pemindahan ratusan paten teknologi realiti lanjutan (XR) milik Sony kepada Meta mencetuskan spekulasi bahawa syarikat Jepun itu sedang mengurangkan tumpuannya terhadap pembangunan perkakasan realiti maya (VR), realiti lanjutan (XR) dan realiti gabungan (MR).

Menurut laporan Amanz yang memetik ZDNet Korea, sebanyak 419 paten global milik Sony dipindahkan kepada Meta antara Jun hingga September tahun ini. Portfolio berkenaan melibatkan 180 paten di Amerika Syarikat dan 239 lagi paten yang difailkan di China, Eropah, Jepun, Korea Selatan serta beberapa wilayah lain.

Laporan itu menyatakan kedua-dua syarikat telah menandatangani perjanjian berkaitan pemindahan hak paten tersebut pada Disember 2025.

Paten terbabit merangkumi pelbagai teknologi berkaitan XR termasuk reka bentuk set kepala dan sistem paparan dipakai pada kepala.

Perkembangan itu mencetuskan persoalan mengenai hala tuju masa depan perniagaan XR Sony, khususnya selepas syarikat itu hanya memperkenalkan dua generasi PlayStation VR setakat ini.

PlayStation VR2, yang dilancarkan pada 2023, sebelum ini dilaporkan berdepan pertumbuhan yang lebih perlahan berbanding jangkaan pasaran.

Sony kemudiannya memperkenalkan sokongan PC menerusi penyesuai khas bagi meluaskan penggunaan peranti berkenaan.

Bagaimanapun, tiada pengumuman rasmi dibuat oleh Sony bahawa syarikat itu akan menghentikan pembangunan produk VR atau XR.

Beberapa penganalisis berpendapat langkah pemindahan paten tersebut mungkin menunjukkan syarikat itu sedang menyusun semula strategi dalam segmen berkenaan.

Dalam masa sama, Meta terus memperkukuh kehadirannya dalam pasaran teknologi boleh pakai menerusi pembangunan cermin mata pintar dan peranti XR generasi baharu.

Langkah memperoleh ratusan paten tambahan itu berpotensi memperkukuh kedudukan Meta dalam persaingan teknologi XR global yang semakin sengit.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Berapa banyak paten teknologi XR milik Sony yang dipindahkan kepada Meta? 
    A: Sebanyak 419 paten teknologi XR milik Sony telah dipindahkan kepada Meta antara Jun hingga September tahun ini.
  • Q: Apakah jenis teknologi yang terlibat dalam pemindahan paten antara Sony dan Meta? 
    A: Paten yang dipindahkan merangkumi pelbagai teknologi berkaitan XR termasuk reka bentuk set kepala dan sistem paparan dipakai pada kepala.
  • Q: Adakah Sony mengumumkan akan menghentikan pembangunan produk VR atau XR? 
    A: Tiada pengumuman rasmi dibuat oleh Sony bahawa syarikat itu akan menghentikan pembangunan produk VR atau XR.
  • Q: Apakah tindakan yang diambil Sony selepas pelancaran PlayStation VR2? 
    A: Sony memperkenalkan sokongan PC menerusi penyesuai khas bagi meluaskan penggunaan PlayStation VR2.
  • Q: Bagaimana pemindahan paten ini memberi kesan kepada Meta? 
    A: Pemindahan ratusan paten tambahan berpotensi memperkukuh kedudukan Meta dalam persaingan teknologi XR global yang semakin sengit.

Must Watch Video

Advertisement