KUALA LUMPUR: Airasia Superapp dan Foodpanda bersama-sama mengumumkan kerjasama inovatif yang menggabungkan kekuatan kedua-dua platform untuk menawarkan nilai yang lebih baik dan kemudahan yang lebih besar bagi pengguna di Asean dan seterusnya.
Kerjasama strategik ini membolehkan kedua-dua platform tersebut memanfaatkan kekuatan masing-masing, yang mana perkhidmatan e-hailing airasia Superapp, AirAsia Ride boleh didapati di aplikasi Foodpanda.
Manakala foodpanda, perkhidmatan penghantaran makanan dan barangan runcit atas permintaan terbesar di Asia kecuali China, akan memperkasakan perkhidmatan penghantaran makanan aplikasi pengembaraan super menghubungkan berjuta-juta pengguna AirAsia Superapp ke rangkaian meluas Foodpanda yang terdiri daripada lebih 100,000 peniaga dan beribu-ribu rakan kongsi penghantaran.
Dengan ini, penawaran makanan AirAsia Superapp akan bergerak ke arah model tempahan di tempat makan.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Capital A Bhd, Tan Sri Tony Fernandes berkata kehebatan penghantaran makanan dan barangan runcit Foodpanda serta perkhidmatan pengangkutan AirAsia Superapp yang disokong oleh ekosistem aplikasi super pengembaraan yang lengkap, merupakan keperluan untuk pengembara dan pengguna harian kedua-dua aplikasi tersebut.
"Kami sangat memberikan tumpuan untuk memenuhi visi aplikasi super pengembaraan kami, dan kami gembira kerana telah menemukan sinergi positif dengan rakan kongsi penghantaran yang kukuh sambil kami beralih kepada model tempahan di tempat makan.
"Terdapat begitu banyak potensi yang mana kedua-dua AirAsia Superapp dan Foodpanda boleh meneroka lebih mendalam, seperti penyelesaian pembayaran melalui BigPay, program kesetiaan bersama dengan AirAsia Rewards, dan juga potensi dalam pelan langganan kedua-dua pihak serta banyak lagi," katanya ketika mengumumkan perkongsian itu di sini pada Jumaat .
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Foodpanda Jakob Angele berkata: "Peluang untuk menghimpunkan dua jenama isi rumah terkemuka di Malaysia adalah cukup bermakna buat kami; kedua-dua pihak telah mencipta perkhidmatan yang hebat yang mana pelanggan di Malaysia telah sebati dan menjadikannya sebahagian daripada gaya hidup mereka, jadi ini adalah perkongsian semula jadi untuk bersama-sama menawarkan nilai yang hebat, kepelbagaian dan kemudahan kepada semua pelanggan kami."
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Superapp Mohamad Hafidz Mohd Fadzil berkata, sebagai aplikasi super pengembaraan serantau, matlamat kini adalah untuk menyediakan pengalaman yang lancar dan mudah kepada pengguna yang rata-ratanya merupakan pengembara sekitar Asean.
"Kami adalah pusat sehenti untuk kesemua keperluan yang anda perlukan, daripada penerbangan, penginapan, pengangkutan ke dan dari lapangan terbang dan hotel, dan juga pengalaman kulinari melalui penghantaran makanan mahupun tempahan di tempat makan.
"Kami tidak sabar untuk menjadi lebih cemerlang dalam ruang aplikasi super ini dengan kerjasama yang sangat penting buat kami semua hari ini," tambah beliau. - BERNAMA
Bernama
Fri May 12 2023
Kerjasama strategik ini membolehkan kedua-dua platform tersebut memanfaatkan kekuatan masing-masing, yang mana perkhidmatan e-hailing AirAsia Superapp, AirAsia Ride boleh didapati di aplikasi Foodpanda. - Gambar Astro AWANI
Snipping Tools baharu Windows 11 uji ciri kesan kod QR, tambah emoji 3D
Dalam setiap tangkapan layar pada kandungan yang ada kod QR, Snipping Tool boleh kesan dan terus mengeluarkan pautan URL untuk pengguna terus tekan.
Palestin sebagai Anggota Penuh PBB: Malaysia sambut baik Resolusi Perhimpunan Agung
Malaysia mengalu-alukan Resolusi Perhimpunan Agung PBB yang menggesa agar Majlis Keselamatan PBB menimbang semula permohonan Palestin.
Reuters nafi keluar artikel Malaysia bakal disenarai hitam Amerika Syarikat
Reuters nafi mengeluarkan artikel yang mendakwa Malaysia bakal menjadi negara pertama di Asia Tenggara untuk disenarai hitam oleh Amerika Syarikat.
Ringgit dijangka didagangkan dalam keadaan berhati-hati minggu depan
Ringgit dijangka diniagakan dalam keadaan berhati-hati berbanding dolar AS minggu depan memandangkan pelabur mencari petunjuk baharu daripada data ekonomi yang lebih signifikan.
AWANI Ringkas: Lebih 39,000 pengundi tunai tanggungjawab
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Arsenal sudah atur perarakan julang trofi liga
Bakal juara musim Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2023/2024, Arsenal, sudah siap melakukan perancangan rapi untuk menjulang piala kejuaraan.
AWANI Ringkas: Susulan insiden letupan bom di Narathiwat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KKB Memilih: Hari penentuan siapa pilihan pengundi (Perkembangan setakat jam 12:00pm)
Wartawan Hasimi Muhamad melaporkan perkembangan terkini proses pengundian pilihan raya kecil Kuala Kubu Baharu.
Perhimpunan Agung PBB terima resolusi pertimbangkan semula keanggotaan Palestin
Resolusi diterajui UAE itu diterima selepas mendapat sokongan majoriti dengan 143 negara anggota menyokong, sembilan menentang, 25 berkecuali.
Gelap mata untung lumayan, warga emas rugi RM412,500
Lelaki warga emas itu melakukan beberapa transaksi berjumlah RM412,500 kepada empat akaun berbeza baru-baru ini bagi menerima pulangan dan keuntungan berkenaan.
AirAsia Superapp, Foodpanda bergabung tenaga untuk kerjasama inovatif
Kerjasama strategik ini membolehkan kedua-dua platform tersebut memanfaatkan kekuatan masing-masing.