awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Reuters nafi keluar artikel Malaysia bakal disenarai hitam Amerika Syarikat

Firdaus Azil
Firdaus Azil
11/05/2024
04:52 MYT
Reuters nafi keluar artikel Malaysia bakal disenarai hitam Amerika Syarikat
Akaun Reuters Press Team berkata, laporan yang tular menggunakan jenama mereka itu merupakan satu laporan palsu.
KUALA LUMPUR: Agensi berita Reuters pada Sabtu mengeluarkan notis penafian pernah mengeluarkan artikel yang mendakwa Malaysia bakal menjadi negara pertama di Asia Tenggara untuk disenarai hitam oleh Amerika Syarikat (AS).
Menurut perkongsian di laman media sosial, akaun Reuters Press Team berkata, laporan yang tular menggunakan jenama mereka itu merupakan satu laporan palsu.
Malah, melalui penelitian mesej tular yang dikongsi berulang kali di aplikasi WhatsApp, penggunaan nama pegawai Perbendaharaan Amerika Syarikat, Nelson McBride dalam artikel tersebut juga tidak wujud, kerana pegawai sebenar yang datang ke Malaysia baru-baru ini adalah Brian Nelson.
“Mana-mana dakwaan bahawa Reuters telah melaporkan Malaysia bakal menjadi negara pertama di Asia Tenggara disenaraikan Amerika Syarikat sebagai negara pembiaya aktiviti keganasan adalah palsu. Reuters tidak melaporkan ini,” menurut agensi itu lagi.
Any claims that Reuters reported that Malaysia is the first country in Southeast Asia to be listed by the United States as a state sponsor of terror are false. Reuters did not report this.
— Reuters Press Team (@ReutersPR) May 11, 2024
Pada Khamis Nelson dilaporkan sebagai mengesahkan, Amerika Syarikat telah mengenakan tindakan sekatan ke atas empat syarikat berpangkalan di Malaysia, kerana didakwa membantu pengeluaran dron Iran.
Beliau hadir ke negara ini sebagai sebahagian lawatan ke negara-negara Asia Tenggara untuk meningkatkan fokus terhadap usaha menangani pembiayaan kumpulan-kumpulan militan.
Topic Berkaitan
#Reuters
#laporan palsu
#kumpulan militan
#Amerika Syarikat
#Malaysia
#Brian Nelson
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan