awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AirAsia tidak jual data peribadi pelanggan kepada firma Amerika Syarikat - JPDP

Isabelle Leong
Isabelle Leong
14/10/2020
04:41 MYT
AirAsia tidak jual data peribadi pelanggan kepada firma Amerika Syarikat - JPDP
Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) menerusi satu kenyataan pada Rabu mengesahkan perkara itu dan berkata pihaknya sudah menerima penjelasan syarikat penerbangan itu. - Gambar fail/REUTERS
KUALA LUMPUR:Tiada isu ketirisan dan penjualan data peribadi pelanggan kepada firma Amerika Syarikat oleh Kumpulan AirAsia Berhad (AirAsia) seperti dilaporkan.
Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) menerusi satu kenyataan pada Rabu mengesahkan perkara itu dan berkata pihaknya sudah menerima penjelasan syarikat penerbangan itu.
“JPDP telah menerima penjelasan daripada AirAsia mengenai laporan media berkaitan penjualan data peribadi syarikat penerbangan itu kepada firma Amerika Syarikat.
"Pihak jabatan mengambil maklum tiada isu ketirisan dan penjualan data peribadi yang berlaku serta berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh pihak AirAsia berkaitan isu tersebut," menurut kenyataan itu.
JPDP, bagaimanapun, menegaskan bahawa perbuatan penjualan data peribadi merupakan kesalahan di bawah Seksyen 130 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).
“Sekiranya disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya,” katanya.
Sebelum ini, terdapat laporan yang mendakwa Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes menyatakan terdapat firma pemberi pinjaman bersedia menawarkan pinjaman sehingga AS$1 bilion yang bersamaan dengan RM4.15 bilion bagi perniagaan data syarikat penerbangan tambang murah tersebut.
Topic Berkaitan
#AirAsia
#data peribadi pelanggan
#perniagaan
#Tony Fernandes
#kesalahan
#isu ketirisan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan