awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPA komited perkhidmatan awam pantas, berorientasikan rakyat selari amanat PM 2026
Ee Wei sasar musim 2026 lebih sihat, bebas kecederaan
Permintaan domestik, lonjakan e-dagang pacu sektor logistik Malaysia - Kenanga Research
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AirAsia X beri amaran orang ramai waspada mesej penipuan di WhatsApp

Bernama
Bernama
27/01/2021
09:35 MYT
AirAsia X beri amaran orang ramai waspada mesej penipuan di WhatsApp
AirAsia X tidak berkomunikasi dengan para tetamunya melalui mana-mana aplikasi sembang seperti WhatsApp. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR:AirAsia X memberi amaran kepada orang awam mengenai mesej penipuan melalui aplikasi WhatsApp yang melibatkan AirAsia X atau syarikat berkaitannya, meminta penerima untuk membuat bayaran ke dalam akaun yang dikatakan milik salah sebuah syarikat pengurusan kredit.
Dalam satu kenyataan hari ini, AirAsia X ingin menekankan bahawa syarikat dan kakitangannya sama sekali tidak mempunyai penglibatan dengan amalan penipuan ini dan tidak pernah melakukan permintaan sedemikian.
"AirAsia X tidak berkomunikasi dengan para tetamunya melalui mana-mana aplikasi sembang seperti WhatsApp," katanya.
Menurutnya, AirAsia X dan AirAsia tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan berikutan penipuan itu yang tidak melibatkan kakitangan rasmi syarikat.
Bagaimanapun katanya, AirAsia X tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu atau kumpulan yang menggunakan jenama AirAsia X atau Airasia untuk melakukan penipuan atau kecurian identiti.
Tambahnya, orang ramai boleh berhubung dengan AirAsia melalui saluran komunikasi rasminya di Twitter di www.twitter.com/airasia, Instagram di www.instagram.com/airasia dan Facebook di www.facebook.com/airasia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Airasia X
#mesej penipuan
#Aplikasi WhatsApp
#sindiket penipuan
#scam
#pengguna
#mangsa tipu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan