KUALA LUMPUR: AirAsia X Bhd (AAX) mencatatkan penurunan dalam keuntungan bersih kepada RM5.56 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2023, daripada RM25.09 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lepas.
Bagaimanapun, hasil bagi tempoh dalam tinjauan melonjak kepada RM648.36 juta berbanding RM100.10 juta setahun lalu, kata syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
Ia menyatakan syarikat itu memulakan operasi pada suku berakhir 30 Jun, 2022, selepas dua tahun ia menggantung penerbangan berjadual, dan majoriti pesawat syarikat kekal di daratan pada suku berakhir 30 Sept, 2022.
"Oleh itu, suku perbandingan bagi petunjuk prestasi untuk suku tersebut adalah tidak bermakna. Pembentangan penjadualan metrik hasil dan kos pada suku tersebut, akan dibentangkan tanpa perbandingan dengan suku terakhir kerana tiada perbandingan pada suku yang sama seperti 30 Sept, 2023," kata AAX.
Ia juga berkata tempoh yang ditinjau secara tradisinya mencatatkan jualan yang agak rendah disebabkan oleh kebermusiman bagi sektor-sektor antarabangsa.
Namun, kumpulan itu telah mencapai pemulihan lebih 53 peratus berbanding tempoh yang sama sebelum COVID-19, kata AAX.
Selaras dengan pengaktifan semula pesawat pada suku ini kepada 14 pesawat yang beroperasi, kos kakitangan dan kos penyelenggaraan turut meningkat.
Menjelang akhir September 2023, bilangan juruterbang dan kru kabin masing-masing telah meningkat sebanyak 40 peratus dan 131 peratus, manakala kos penyelenggaraan bertambah seiring dengan penggunaan pesawat yang lebih tinggi dan seterusnya didorong oleh kelemahan ringgit berbanding dolar AS.
Mengenai tinjauan masa depan, AAX berkata kumpulan itu mengekalkan momentumnya dalam pemulihan armada, yang mana kumpulan itu kini mengendalikan 14 daripada 17 pesawat dan dijangka menambah satu lagi pesawat kepada armadanya, menjadikan jumlah saiz armadanya kepada 18 pesawat.
"Menjelang Disember 2023, kami menjangkakan sekurang-kurangnya 16 pesawat akan beroperasi. Kumpulan meneruskan haluannya dalam melancarkan semula laluan utama yang menguntungkan dan mengekalkan tumpuannya terhadap potensi di China apabila trafik perjalanan antarabangsa republik itu pulih," tambahnya.
Sementara itu dalam makluman berasingan, AAX mengumumkan bahawa Bursa Malaysia telah meluluskan permohonannya untuk ditarik balik daripada status Nota Amalan 17 (PN17).
"Bursa Securities, melalui suratnya bertarikh 21 Nov, 2023, selepas mengambil kira fakta dan keadaan yang relevan, termasuk antara lain, syarikat tidak lagi mencetuskan mana-mana kriteria yang ditetapkan di bawah PN17, syarikat telah mematuhi kriteria untuk penepian dan penarikan balik daripada diklasifikasikan sebagai syarikat PN17.
"Selain itu, laporan suku tahunan bagi tempoh kewangan berakhir 30 Sept, 2023, yang perlu dikemukakan sebelum 30 Nov, 2023, memutuskan untuk membenarkan rayuan tertakluk kepada pengumuman AAX tentang keuntungan selepas cukai yang boleh dikaitkan kepada pemegang ekuiti AAX dalam keputusan suku tahunan," katanya.
Penarikan balik AAX daripada diklasifikasikan sebagai syarikat PN17 akan berkuat kuasa esok (22 Nov).-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 21 2023
AirAsia X Bhd (AAX) mencatatkan penurunan dalam keuntungan bersih kepada RM5.56 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept 2023. - Gambar fail
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
Kerugian bersih Airasia X meningkat kepada RM305.24 juta
Perolehan hasilnya turut berkurangan kepada RM91.44 juta daripada RM1.01 bilion sebelum ini.
AirAsia X mungkin kembali ke India
Airasia X melihat kemungkinan akan memulakan kembali laluan ke eropah dan India yang dihentikan akibat kos tinggi sebelum ini.