awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perkhidmatan awam laksana urusan tanpa kertas bermula Isnin ini - KSN
Musim peperiksaan bukan masa sesuai untuk perhimpunan - MPP UMT
FRIM anjur sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia, tekankan pemuliharaan dan kelestarian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ajaran The Ahmadi sesat, bercanggah dengan ajaran Islam dan hukum syarak - MKI

Bernama
Bernama
31/12/2024
15:58 MYT
Ajaran The Ahmadi sesat, bercanggah dengan ajaran Islam dan hukum syarak - MKI
Nooh Gadot berkata keputusan berkenaan adalah susulan persidangan jawatankuasa itu pada 26 hingga 28 Jun lepas. - Gambar fai/Bernama
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) memutuskan ajaran The Ahmadi Religion of Peace and Light adalah sesat dan menyeleweng serta bercanggah dengan ajaran Islam dan hukum syarak.
Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah MKI Datuk Dr Nooh Gadot berkata keputusan berkenaan adalah susulan persidangan jawatankuasa itu pada 26 hingga 28 Jun lepas.
"Mana-mana individu atau kumpulan orang yang mengamal dan menyebar fahaman, ajaran dan pegangan seumpama ini adalah menyeleweng daripada ajaran Islam.
"Orang Islam hendaklah menjauhi fahaman dan ajaran ini serta dilarang berpegang dan beramal dengannya. Mana-mana orang Islam yang telah mengikut dan mengamalkan ajaran ini hendaklah segera bertaubat kepada Allah SWT," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Susulan keputusan berkenaan Nooh berkata sebarang publisiti, pengajaran, penulisan, penyiaran dan penerbitan bahan bercetak, audio visual atau apa-apa yang berkaitan dengan ajaran itu adalah tidak dibenarkan dan hendaklah disekat.
Nooh berkata antara kepercayaan dan ajaran The Ahmadi yang bercanggah dengan agama Islam adalah pengikutnya mempercayai Muhammad bin al-Hassan al-Askari (Imam syiah yang ke-12) sebagai Imam al-Mahdi dan beliau kini dikatakan sedang bersembunyi dan akan muncul pada akhir zaman.
Selain itu, pengikut ajaran berkenaan juga percaya Ahmad al-Hasan yang digelar al-Yamani berperanan sebagai utusan kepada Imam al-Mahdi yang akan membawa syariat baharu dan terakhir yang menyempurnakan ajaran serta syariat para Nabi terdahulu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Islam
#hukum syarak
#syariat baharu
#Akhir Zaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan