awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akaun Yapeim telah diaudit - Fuziah Salleh

Bernama
Bernama
11/05/2019
12:15 MYT
Akaun Yapeim telah diaudit - Fuziah Salleh
Fuziah menyampaikan sumbangan sempena Kembara Rahmah Nur Ramadan 2019 di surau Perumahan Rakyat Pak Mahat, Kuantan, hari ini. Facebook Fuziah Salleh
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh hari ini mengesahkan akaun Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) telah diaudit oleh firma audit terkemuka PricewaterhouseCoopers.
Beliau bagaimanapun berkata keputusan sama ada laporan audit itu akan didedahkan kepada umum atau tidak, terpulang kepada lembaga pengarah Yapiem untuk menentukannya.
"Saya enggan mengulas mengenai bagaimana pentabiran terdahulu di bawah kerajaan lama menggunakan duit (Yapeim) kerana kita sudah melantik firma audit untuk melakukan tugasnya.
"Bagaimanapun di bawah pentadbiran Pakatan Harapan, kita tekad malah saya sendiri akan memastikan duit itu adalah untuk memanfaatkan anak yatim dan Yapeim telus dalam pentadbirannya," katanya.
Fuziah yang juga Anggota Parlimen Kuantan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan dan menyampaikan sumbangan sempena Kembara Rahmah Nur Ramadan 2019 di surau Perumahan Rakyat Pak Mahat di sini, hari ini.
Beliau mengulas laporan sebuah portal berita hari ini, yang mendakwa dana Yapeim berjumlah RM1 juta untuk membantu anak yatim telah disalah guna bagi membayar yuran guaman pembantu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 2017.
Najib bagaimanapun, menerusi akaun laman sosial Facebook beliau menafikan perkara itu dan menyifatkannya sebagai propaganda jahat untuk memburukkan imejnya sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan yang berlangsung hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#akaun
#anak yatim
#dana
#Facebook
#Fuziah Salleh
#Lembaga Pengarah
#Najib Razak
#Pakatan Harapan
#PricewaterhouseCoopers
#PRK Sandakan
#YaPEIM
#yuran guaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan