SETELAH lama menanti, akhirnya pelawak Shuib dipertemukan dengan kanak-kanak wajah mirip arwah isterinya Siti Sarah Raissuddin iaitu adik Miza.
Momen berharga itu dirakamkan dan dimuat naik di akaun Instagram milik bekas ibu mentua tirinya iaitu Siti Fatimah Suberi atau lebih mesra disapa Makder.
Menurut Makder, pertemuan itu merupakan sesuatu yang istimewa buat mereka sekeluarga.
Malah, menerusi coretan di hantaran itu juga, Makder berharap hubungan mereka sekeluarga bersama Miza berpanjangan.
“Alhamdulillah terlalu besar rezeki ini, dapat berjumpa lagi, kali ini satu keluarga. Semoga ikatan ini terus berpanjangan,” tulisnya.
Selain pertemuan itu, apa yang menarik perhatian netizen adalah reaksi Shuib sewaktu memandang Miza.
Pandangan dan renungan Shuib dengan mata yang redup itu membuatkan netizen tidak dapat menahan sebak.
“Tak lepas pandangan Shuib dekat adik Miza, akhirnya dapat ubat rindu dekat arwah,” komen seorang netizen.
“Cara Shuib panggil ibu tu buat aku sebak. Pandangan Shuib masa salam tu nampak dia sangat rindu pada wajah tu,” coret seorang lagi netizen.
“Apalah agaknya yang ada dalam hati Shuib, akhirnya dapat juga jumpa, kita pula yang sebak tengok cara Shuib pandang adik Miza,” tulis netizen.
Terdahulu, tular video seorang kanak-kanak yang dikatakan wajahnya mirip penyanyi, Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, netizen mengatakan wajah kanak-kanak perempuan yang memakai baju oren dan berhijab itu saling tidak tumpah seperti arwah Siti Sarah.
Untuk info, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad telah mendirikan rumah tangga dengan Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah (Watie) pada 23 Jun lalu.
Dalam majlis serba indah yang berlangsung di Putra Glass Hall, Putra Height, Shuib menyerahkan mas kahwin sebanyak RM8,288.
Shuib sebelum ini pernah berkahwin dengan Siti Sarah pada tahun 2011.
Hasil perkongsian hidup bersama Siti Sarah, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, 2. -Gempak
Gempak
Thu Jul 20 2023
Selain pertemuan itu, apa yang menarik perhatian netizen adalah reaksi Shuib sewaktu memandang Miza. -Gempak
U-Bes mahu popularkan sukan memanah berkuda di luar Pantai Timur
Marwan berkata, sukan memanah berkuda ketika ini belum popular di negeri-negeri lain kecuali di negeri Pantai Timur sahaja.
Penternak akuakultur digesa daftar GeoAgro sebelum mohon BUDI MADANI
Hanya 1,232 penternak akuakultur berdaftar telah memohon untuk mendapatkan sumbangan susulan penyasaran subsidi diesel dilaksanakan kerajaan.
Pengundi Iceland pilih Presiden baharu, bekas Perdana Menteri turut bertanding
Penyandang yang sangat popular, Gudni Johannesson, tidak bertanding semula selepas dua penggal memegang jawatan presiden.
Masalah Boeing boleh jejaskan seluruh industri, Airbus beri amaran
Masalah Boeing boleh menyebabkan lebih ramai orang mempersoalkan sejauh mana keselamatan penerbangan.
Banjir di selatan Jerman: Helikopter digunakan untuk selamatkan penduduk
Sebuah daik dan empangan juga runtuh akibat banjir dan memerlukan pemindahan.
Bangunkan potensi pelancongan, pertanian desa Sabah melalui koperasi - Ewon
Setakat ini sebanyak 48 koperasi terlibat dalam sektor pelancongan dan pertanian desa di Sabah dengan jumlah perolehan terkumpul RM8.3 juta.
Pembuat roti Perancis pecahkan rekod dunia baguette terpanjang
Rekod roti Baguette terpanjang di dunia dirangkuli oleh negara Perancis setelah sekian lamanya dipegang oleh negara Itali selama lima tahun.
Pusat rawatan TH di Mekah dapat kelulusan permit
Pusat Rawatan Lembaga Tabung Haji (TH) di Mekah menjadi antara pusat rawatan jemaah haji luar negara pertama yang mendapat kelulusan permit atau Tasreh daripada Kementerian Kesihatan Arab Saudi untuk pembukaan dan pengoperasian hospital bagi musim haji kali ini.
Kos sara hidup: Ambil langkah perkukuh jaringan keselamatan sosial
Bergerak ke hadapan, negara juga perlu mengambil langkah dalam memastikan kemasukan FDI berkualiti yang boleh mewujudkan pekerjaan berkualiti dan menawarkan gaji yang kompetitif.
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La pada Sabtu, di mana beliau merancang untuk bertemu Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Lloyd Austin.
Shuib imbau kenangan ke bazar Ramadan kegemaran arwah Siti Sarah
Shuib berkongsi rutinnya dahulu adalah berkunjung di bazar bersama arwah isterinya, Siti Sarah Raissuddin.
Isu KWSP pekerja Bubblebee selesai - Shuib
Isu tunggakan caruman KWSP membabitkan Bubblebee Sdn Bhd dan pekerjanya dianggap selesai selepas kedua-dua pihak mencapai kata sepakat.
Menang saman fitnah, Shuib salur wang ke tabung Palestin
SELEBRITI dan usahawan terkenal, Shuib menang saman fitnah terhadap pengguna media sosial, John Dihani atau nama sebenarnya Md Johan Dihani Mohd Zaidi.
Tinggalkan radio bukan tanda terus senyap dalam industri seni - Shuib
Shuib mengakui kecintaannya terhadap dunia hiburan masih lagi menebal.
Shuib mohon maaf, jumpa KWSP lunas tunggakan caruman pekerja secara ansuran
Shuib mengakui berlaku masalah kelewatan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada kaki tangan syarikat syarikat minuman yang diasaskannya iaitu Bubble Bee.
Shuib nekad teruskan saman fitnah
Shuib tetap dengan pendirian untuk meneruskan saman fitnah yang mengaitkan diri serta arwah isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin sebagai ahli Freemason.
'Akhirnya terubat juga rindu Shuib pada arwah Siti Sarah' - Netizen
Pandangan dan renungan Shuib dengan mata yang redup itu membuatkan netizen tidak dapat menahan sebak.
Shuib dedah bisnes kafe raih RM150 juta dalam 3 tahun, nafi penglibatan Freemason
Tambah Shuib, hasil sokongan yang ditunjukkan oleh semua pihak, bisnes kafenya itu berjaya memperoleh keuntungan yang memberangsangkan selama tiga tahun ini.
Kongsi video sebak kenangan akhir, Shuib mahu bersihkan nama Siti Sarah
Sedih dengan fitnah, Shuib berkata dia akan mencuba sehabis baik untuk membersihkan semula nama arwah Siti Sarah yang terkait dengan isu tersebut.
Tuduhan ini melampau! Macam saya yang bunuh isteri saya - Shuib
Shuib menyifatkan tuduhan dia 'membunuh' Allahyarham Siti Sarah dengan memaksa arwah isterinya untuk ditidurkan sebagai melampau.