AKPS dalam proses lengkapkan prosedur pengambilan 200 bekas tentera

Mohd Shuhaily berkata pengambilan bekas tentera itu dijangka memberi nilai tambah besar kepada AKPS, khususnya dari segi disiplin, pengalaman operasi dan keupayaan taktikal di pintu masuk negara. - Gambar fail/BERNAMA
PELABUHAN KLANG: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) sedang melengkapkan prosedur pengambilan 200 bekas tentera bagi mengukuhkan peranan agensi itu dalam memperkasakan kawalan sempadan negara.
Ringkasan AI
- AKPS sedang melengkapkan prosedur pengambilan 200 bekas tentera untuk memperkuatkan kawalan sempadan negara.
- Langkah ini dilihat sebagai usaha strategik untuk memastikan proses pengambilan berjalan lancar tanpa sebarang masalah pada masa akan datang.
- Pengambilan bekas tentera dijangka memberi nilai tambah kepada AKPS dari segi disiplin, pengalaman operasi, dan keupayaan taktikal di pintu masuk negara.
"Proses itu dilaksanakan dengan teliti bagi memastikan setiap aspek pentadbiran, perjawatan dan pematuhan garis panduan dipenuhi sebelum pengambilan dibuat secara rasmi," katanya pada sidang media di Pelabuhan Barat di sini hari ini.
Beliau berkata pengambilan bekas tentera itu dijangka memberi nilai tambah besar kepada AKPS, khususnya dari segi disiplin, pengalaman operasi dan keupayaan taktikal di pintu masuk negara.
"Pengisian jawatan itu akan membantu memperkukuh kapasiti operasi AKPS yang kini bertanggungjawab mengawal pintu sempadan darat, laut dan udara negara. Saya juga telah memohon penambahan jawatan bagi AKPS Pelabuhan Klang," katanya.
Pada masa sama, beliau berkata AKPS turut menumpukan kepada pengukuhan sumber manusia sedia ada bagi memastikan kecekapan operasi dapat dipertingkat secara berterusan.
Terdahulu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah meluluskan 200 jawatan bagi pengambilan bekas anggota tentera untuk AKPS dalam sesi jawab lisan di Dewan Rakyat.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


