Sebahagian besar keluarga di projek perumahan rakyat (PPR) hanya bergantung kepada bantuan badan kebajikan untuk mendapatkan makanan berkhasiat, jelas aktivis kesihatan, Dr Madhusudhan Shanmugam.
“Mereka makan telur sahaja setiap hari atau satu sajian sayur sahaja bersama nasi,” jelas Dr Madhusudhan yang sinonim dengan kerja kebajikannya yang menyediakan perkhidmatan klinik mudah alih sejak beberapa tahun lalu di kawasan-kawasan PPR.
Katanya, berdasarkan pemerhatian beliau yang sering turun padang di kawasan PPR, tahap kebersihan di kebanyakkan kawasan-kawasan perumahan itu juga berada dalam keadaan teruk sehingga menyebabkan pelbagai jangkitan kulit kepada kanak-kanak.
“Kalau anda pergi ke kawasan PPR, ia selalunya kotor. Mereka buang sampah di merata tempat. Mereka tidak mengambil berat soal kebersihan di Kawasan tempat tinggal mereka.
“Kanak-kanak di PPR juga perlu didedahkan dengan penjagaan kebersihan dan pemakanan yang betul.
“Tiada guna kalau kita rawat mereka tetapi akhirnya mengamalkan tahap kebersihan dan makanan yang tidak memuaskan,” katanya dalam satu temu bual di Astro AWANI di sini hari ini.
Dr Madhusudhan memberi reaksi susulan pengumuman Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengenai usaha memulakan kajian hala tuju Kebajikan Kanak-Kanak susulan laporan Tabung Kanak-Kanak (UNICEF) Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) yang diterbitkan pada Mac lalu.
Pelan hala tuju itu akan dibangunkan secara Bersama oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Kementerian Dalam Negeri.
Shafizan Johari
Thu Jun 21 2018
Pelan hala tuju itu akan dibangunkan secara Bersama oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Kementerian Dalam Negeri. - Foto Astro AWANI
10 pekerja maut dalam letupan kilang mercun di India
Sekurang-kurangnya 10 pekerja termasuk enam daripadanya wanita terbunuh dalam letupan di kilang mercun berlesen di kampung Sengamalapatti di Sivakasi, Tamil Nadu, India.
Filipina gesa diplomat China diusir
Ia berhubung dakwaan kebocoran perbualan telefon dengan seorang pegawai tentera Filipina berhubung perbalahan di Laut China Selatan.
Astro Kem Badminton singgah di Johor Bahru
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
61 maut akibat strok haba di Thailand
Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan, kematian akibat strok haba di Thailand setakat tahun ini adalah 61 kes, lebih banyak daripada angka keseluruhan direkodkan tahun lalu.
China minta Filipina henti provokasi
Reaksi itu diberi China selepas penasihat keselamatan negara Filipina menggesa pegawai kedutaan China diusir, pada Jumaat.
Serangan Rafah: Hanya sebuah hospital beroperasi
Hospital Kuwait kini menjadi satu-satunya institusi perubatan yang berfungsi di bandar dengan populasi lebih satu juta penduduk itu.
[TERKINI] PBB lulus resolusi iktiraf Palestin sebagai anggota penuh
PBB lulus resolusi mengiktiraf Palestin sebagai negara anggota penuh, dengan 143 negara mengundi menyokong,9 menentang dan 25 berkecuali.
Keputusan SPM kekal pada 27 Mei - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) mengekalkan tarikh keputusan pengumuman Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 pada 27 Mei ini, kerana yakin pelajar mempunyai masa mencukupi membuat persiapan permohonan kemasukan ke institut pengajian tinggi (IPT)
KPM perkasa sistem pendidikan sejajar titah Tunku Mahkota Ismail - Fadhlina Sidek
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif memperkasakan sistem pendidikan negara, selaras dengan titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang mahukan langkah lebih proaktif dalam meningkatkan sistem dan kualiti sektor itu.
Kerajaan beri jaminan sedia rawatan susulan - Dr Dzulkefly
Malah KKM juga tegas beliau juga ada kaedah menyediakan bantuan diperlukan kepada penerima yang mengalami kesan sampingan daripada suntikan vaksin.
Pencemaran sungai Batang Benar: NS tunggu laporan terperinci
Kerajaan Negeri Sembilan sedang menunggu laporan terperinci daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri, berhubung pencemaran sungai di Batang Benar, Nilai.
Peningkatan usahawan wanita bukti kematangan kendali perniagaan
Peningkatan pembabitan wanita dalam bidang keusahawanan menunjukkan kematangan mereka mengendalikan perniagaan.
PRN Sabah: Srikandi Bersatu senarai 10 nama
Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyenaraikan 10 nama calon wanita daripada sayap itu untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Blok kerajaan, pembangkang senada sokong RUU Langkah Sementara Pembiayaan Kerajaan COVID-19
Ahli Parlimen blok kerajaan dan pembangkang hari ini senada dalam menyokong Rang Undang-undang Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)) 2020.
Ahli Parlimen rakam penghargaan kepada petugas barisan hadapan
Penghargaan terhadap petugas barisan hadapan yang tanpa lelah memerangi COVID-19 menjadi antara tumpuan perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong.
Puteri kongsi gambar lama dipangku Agong sempena Hari Bapa
Tengku Puteri Jihan Azizah 'Athiyatullah Al-Sultan Abdullah mencoret ucapan ringkas tapi istimewa ini untuk ayahanda baginda.
COVID-19: MARA umum RM6 juta insentif tambahan, bantu usahawan terjejas
Ia dijangka memanfaatkan 600 usahawan di bawah MARA.
PH tidak sempurna, namun tiada salah guna kuasa - Anwar
Anwar berkata, pemerintahan PH lebih terarah kepada cara memperbaiki serta menguruskan pentadbiran negara yang lebih bertanggungjawab.
Azizah Dun dilantik Pengerusi Mara baharu
Watikah pelantikan disampaikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad dilakukan secara dalam talian, pada Jumaat.
Kesemua 31 menteri Kabinet angkat sumpah jawatan di hadapan Agong
Kesemua 31 menteri kabinet hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Melawati hari ini.