awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Olivia Dean dinobatkan Artis Baharu Terbaik di Anugerah Grammy
Masjid Jamek Cina Muslim Klang tarik 55,000 pengunjung, tingkat pelancongan Islam
Venezuela bebaskan lebih 30 tahanan termasuk aktivis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akta 355: Kerajaan di peringkat siapkan kertas kerja untuk dibawa ke mesyuarat MKI

Bernama
Bernama
23/04/2024
11:10 MYT
Akta 355: Kerajaan di peringkat siapkan kertas kerja untuk dibawa ke mesyuarat MKI
Mohd Na'im berkata, rundingan dan perbincangan bersama pihak agensi agama Islam negeri mengenai usaha penambahbaikan itu sudah selesai.
KANGAR: Kerajaan kini di peringkat menyediakan kertas kerja berkaitan penambahbaikan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) untuk dibawa ke Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata rundingan dan perbincangan bersama pihak agensi agama Islam negeri mengenai usaha penambahbaikan itu sudah selesai.
"Insya-Allah, kita di peringkat menyediakan kertas dan kita akan bawa masuk ke Mesyuarat MKI yang berperanan untuk menyelaras semua perkara berkaitan hal ehwal Islam termasuk pelaksanaan undang-undang syariah di negara kita," katanya kepada pemberita selepas Program Sinar Lestari Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Negeri Perlis di Masjid Kampung Surau, Utan Aji di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai perkembangan terkini usaha penambahbaikan dan pindaan terhadap Akta 355.
Mohd Naim juga berkata YaPEIM memperuntuk RM10.6 juta melalui Program Sinar Lestari di seluruh Malaysia sejak Oktober 2020 membabitkan 240 projek bina rumah baharu dan baik pulih kediaman yang memanfaatkan ratusan penduduk miskin tegar serta keluarga berpendapatan rendah.
"Secara keseluruhan, Program Sinar Lestari di Perlis telah memanfaatkan tujuh penerima membabitkan peruntukan berjumlah RM188,519 yang merangkumi penyerahan bantuan bengkel perusahaan kepada seorang penerima manakala enam lagi projek baik pulih rumah dan bantuan perniagaan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Akta Mahkamah Syariah
#MKI
#Mohd Na'im Mokhtar
#agensi agama Islam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan