awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akta 852: JKN Perak keluar 7,968 notis setakat 21 Ogos

Bernama
Bernama
22/08/2025
13:00 MYT
Akta 852: JKN Perak keluar 7,968 notis setakat 21 Ogos
Sivanesan (hadapan,dua ,kiri) pada perasmian Op PaPa Peringkat Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan hari ini. - Gambar Bernama
IPOH: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak mengeluarkan 7,968 notis kesalahan di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) dengan nilai tawaran kompaun berjumlah RM479,900 bagi tempoh 1 Okt 2024 hingga semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional negeri A. Sivanesan berkata dalam tempoh itu, sebanyak 1,443 operasi penguatkuasaan telah dijalankan melibatkan pemeriksaan ke atas 21,556 premis di seluruh Perak.
"Daripada jumlah berkenaan, sebanyak tiga kes telah didakwa di mahkamah dengan nilai denda berjumlah RM27,000 selain 31,087 sesi nasihat dan advokasi telah dilaksanakan berkenaan Akta 852.
"Diharapkan, ia akan mampu mengawal ketat penjualan rokok dan vape termasuk aktiviti pengiklanan atau promosi bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kesalahan merokok serta menghisap vape di kawasan larangan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Operasi Selamat Paru-Paru (Op PaPa) Peringkat Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.
Mengenai Op PaPa, Sivanesan berkata ia berlangsung selama dua hari bermula hari ini dengan penglibatan 114 pegawai dari pelbagai pihak termasuk polis, pihak berkuasa tempatan (PBT), jabatan serta agensi kerajaan.
Beliau berkata operasi berkenaan dilaksanakan dalam lima sesi selain menumpukan kepada premis perniagaan dan orang awam.
"Pada hari ini, sebanyak 212 premis diperiksa dengan 41 notis kesalahan dikeluarkan melibatkan nilai tawaran kompaun RM9,500 selain 200 tindakan pendidikan kesihatan kepada pemilik premis dan orang awam," katanya.
Selain itu, beliau berkata gabungan penguatkuasaan, pendidikan dan advokasi secara berterusan diyakini mampu membentuk perubahan sikap masyarakat selain memastikan persekitaran lebih sihat serta bebas daripada amalan yang mengundang penyakit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pbt
#vape
#Op PaPa
#orang awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan