KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengakui Akta Pembiayaan Dana Politik dapat dijadikan panduan kepada agensi itu untuk membezakan antara dana politik dengan sumbangan kepada parti atau ahli politik yang boleh dikategorikan sebagai rasuah.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata ketika ini negara tidak mempunyai undang-undang khusus berhubung pembiayaan dana politik namun Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah (GIACC) kini sedang menyiapkan draf undang-undang itu sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR).
"GIACC sudah siapkan draf undang-undang dana politik baru-baru ini yang saya juga terlibat dalam perbincangan...skop-skop tertentu telah ditetapkan antaranya parti politik perlu melaporkan dan mengisytiharkan sebarang penerimaan dana daripada mana-mana pihak.
"Selain itu, menubuhkan satu regulator atau comptroller untuk mengawal selia dana politik kepada mana-mana pihak dalam parti politik di negara ini," katanya dalam wawancara khas secara maya baru-baru ini sempena Sambutan Ulang Tahun BPR/SPRM Ke-54 yang disambut semalam.
Azam berkata sudah tiba masanya ahli politik bersetuju dalam melaksanakan undang-undang ini, contohnya dana politik untuk pilihan raya perlu dikawal atau tidak seperti yang berlaku di Amerika Syarikat yang membenarkan pembiayaan dana politk diberikan kepada parti tertentu dengan mengisytiharkan pemberi dana tersebut.
Azam berkata ahli-ahli politik perlu menyokong pelaksanaan akta ini bagi membuktikan mereka bersih dan bebas daripada sebarang perlakuan rasuah atau salah guna kuasa, pada masa yang sama membuktikan kepada rakyat kepimpinan telus dan berintegriti.
Beliau mengakui SPRM sukar untuk membezakan pemberian dana politik dengan rasuah namun apabila menerima laporan berhubung seorang ahli politik menerima dana, SPRM akan menjalankan siasatan dan mengklasifikasikannya sebagai kes rasuah.
Pada Oktober 2019, kerajaan dijangka membentangkan Rang Undang-Undang Pembiayaan Dana Politik pada sesi Parlimen tahun seterusnya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Liew Vui Keong menjelaskan, penyediaan rang undang-undang berkenaan akan memfokuskan aspek mengawal selia sumbangan politik dalam usaha kerajaan membentuk ekosistem negara yang bebas rasuah pada masa akan datang.
Sementara itu, mengulas mengenai cadangan mewujudkan Suruhanjaya Perkhidmatan Pencegahan Rasuah, Azam berkata perkara tersebut telah dikemukakan kepada JKMR bagi menjadikan agensi itu lebih bebas.
Azam berkata dua cadangan yang dikemukakan iaitu pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM dibuat melalui Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang serta mewujudkan suruhanjaya perkhidmatan tersendiri.
"Apabila kita ada suruhanjaya perkhidmatan sendiri, kita boleh mencorakkan pentadbiran daripada segi pengambilan dan penamatan kakitangan dan pegawai tanpa dibentuk di bawah satu suruhanjaya yang umum seperti sekarang," katanya.
Ketika ini, urusan pengambilan atau penamatan perkhidmatan kakitangan dan pegawai SPRM di bawah seliaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 02 2021
Azam berkata ketika ini negara tidak mempunyai undang-undang khusus berhubung pembiayaan dana politik, namun GIACC sedang menyiapkan draf undang-undang itu sebelum dibentangkan kepada JKMR. -Gambar fail
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
Pegawai kanan polis lindungi sindiket haram diarah isytihar harta - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memberikan notis pengisytiharan harta, dengan tarikh akhir pada 28 April ini, kepada pegawai kanan polis yang ditahan kerana disyaki melindungi sind
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
SPRM pastikan titah Agong dilaksanakan sepenuhnya, penuh integriti - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memastikan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dilaksanakan sepenuhnya, dan menjalankan tanggungjawab itu dengan penuh integriti.
'Bulan madu dah tamat, sekarang pergi tangkap lebah' - titah Agong kepada Azam Baki
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Isnin bertitah bahawa memerangi rasuah sebagai musuh nombor satu negara adalah antara tumpuan utama dalam pemerintahan Baginda.
PM terkesan dengan kes rasuah Kastam di KLIA
Katanya, kecurangan masalah rasuah, biarpun membabitkan jabatan kecil di JKDM, masih boleh menyebabkan kerugian hampir RM2 bilion.
Kegiatan haram di KL: Lebih daripada seorang pegawai kanan polis dipercayai terlibat - Azam Baki
Lebih daripada seorang pegawai kanan Polis Diraja Malaysia dipercayai terlibat dalam aktiviti melindungi kegiatan haram di ibu negara, tegas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.
Ops Samba 2.0: Ketirisan akibat penyeludupan di Kargo KLIA cecah RM2 bilion - KP SPRM
Jumlah ketirisan akibat kegiatan sindiket penyeludupan babitkan beberapa anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kargo KLIA mencecah RM2 bilion bagi tempoh tiga tahun lepas.