KUALA LUMPUR: Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 perlu ditambah baik seiring perkembangan semasa agar usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membanteras najis dadah dapat dijalankan dengan lebih berkesan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Razarudin Husain berkata antara penambahbaikan yang dilihat perlu dilakukan ke atas akta itu adalah berkaitan berat dadah yang boleh dikenakan di bawah Seksyen 39 B ADB dan mengenakan kesalahan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA) terhadap mereka yang terlibat dalam kesalahan mengedar dadah.
"Mengikut ADB ketika ini, dadah jenis heroin seberat 15 gram (g) manakala bagi methamphetamine sebanyak 50 g diletakkan di bawah Seksyen 39 B yang membawa hukuman mati dan penjara seumur hidup jika sabit kesalahan, tetapi saya melihat ada keperluan untuk berat methamphetamine atau syabu ini dikurangkan kepada 15 g atau lebih rendah.
"Ini kerana methamphetamine atau syabu merupakan rampasan dadah yang paling banyak ketika ini berbanding ketamin, kanabis dan heroin...ketika ADB ini digubal, heroin merupakan dadah paling banyak dibawa masuk. Saya percaya dengan langkah ini kita akan dapat membanteras pengedar-pengedar dadah ini," katanya kepada Bernama di sini.
Razarudin berkata cadangan itu telah dikemukakan oleh PDRM kepada Kementerian Dalam Negeri melalui bahagian perundangan dan terdapat beberapa cadangan lagi yang sedang dibincang oleh jawatankuasa dalaman PDRM.
Beliau berkata untuk tempoh lapan bulan pertama tahun ini, PDRM merampas 18 tan dadah, meningkat sebanyak 80 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas iaitu 10.5 tan.
"Majoriti dadah yang dirampas adalah methamphetamine yang popular dalam kalangan pengguna dadah tempatan," katanya.
Dadah jenis methamphetamine itu menurut Razarudin juga dieksport ke negara ketiga seperti Australia, New Zealand, Greece, United Kingdom, Indonesia dan Korea.
Beliau berkata faktor harga dan permintaan yang tinggi di negara berkenaan menjadikan sindiket tempatan mengambil peluang mengeksport bahan terlarang itu dengan menggunakan antaranya perkhidmatan kurier dan jalan laut.
"Seperti contoh melalui maklumat yang diperoleh, sekilogram dadah jenis methamphetamine dibeli oleh sindiket tempatan dengan harga RM30,000 daripada sindiket dari segitiga emas boleh dijual dengan harga sehingga AU$200,000 di Australia," katanya.
Beliau berkata kerjasama erat antara PDRM dengan agensi-agensi antidadah luar negara sedikit sebanyak berjaya mengekang sindiket itu.
Razarudin turut berharap keanggotaan JSJN dapat ditambah seiring dengan peningkatan rampasan dan kes melibatkan dadah yang direkodkan setiap hari.
"Buat masa ini keanggotaan JSJN hanya kira-kira 4.7 peratus daripada jumlah keseluruhan anggota PDRM, dan kami telah membuat permohonan untuk tambahan sebanyak 2,000 anggota," katanya
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 02 2021
Cadangan itu telah dikemukakan oleh PDRM kepada Kementerian Dalam Negeri melalui bahagian perundangan. - Gambar hiasan
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
Rasuah: Dua pegawai penguat kuasa, isteri direman SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu menahan tiga individu termasuk dua pegawai penguat kuasa kanan kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah berjumlah kira-kira RM30,000.
Polis Kedah tahan empat lelaki, rampas dadah lebih RM214,000
Polis Kedah menahan empat lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah dengan berat lebih tujuh kilogram bernilai RM214,288 dalam tangkapan berasingan di tiga lokasi pada Selasa lepas dan semalam.
Warden dihukum gantung edar dadah di Penjara Sungai Buloh
Mohd Elmy dihukum gantung bagi kesalahan mengedar 325.1 gram kanabis dan 84.97 gram methamphetamine di Penjara Sungai Buloh.
Lelaki dan wanita ditahan disyaki edar 3kg dadah
Seorang lelaki dan seorang wanita ditahan kerana memiliki dadah lebih tiga kilogram (kg) yang dipercayai untuk diedarkan di sini, semalam.
Empat lelaki ditahan edar syabu sekitar KL
Kesemua suspek berusia 34 hingga 43 tahun itu ditahan bersama syabu seberat 5.4 kilogram yang dianggarkan bernilai RM193,680.
Op Tapis Khas: Polis Johor tahan 373 individu
Polis menahan 373 individu kerana disyaki terlibat aktiviti penagihan dan pengedaran dadah, menerusi Op Tapis Khas di seluruh Johor pada Rabu lepas hingga semalam.
Petani, penganggur didakwa edar ganja, berdepan hukuman mati
Majistret Siti Nor Hasliza Md Ali kemudiannya menetapkan 7 April depan sebagai tarikh untuk sebutan semula kes.
Tiga lelaki termasuk cucu P Ramlee dibebaskan daripada tuduhan edar ganja
Hakim membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah.
Remaja perempuan antara 188 individu ditahan terlibat dadah
Kesemua individu yang ditahan melibatkan seorang wanita, seorang remaja perempuan dan 186 lelaki berusia antara 15 hingga 65 tahun.
Akta Dadah Berbahaya 1952 perlu ditambah baik - Bukit Aman
Antara penambahbaikan yang dilihat perlu dilakukan ke atas akta itu adalah berkaitan berat dadah.