awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akta keharmonian nasional perlu pertahan lima perkara asas perlembagaan- Shahrizat

Bernama
Bernama
08/09/2014
13:13 MYT
Akta keharmonian nasional perlu pertahan lima perkara asas perlembagaan- Shahrizat
Wanita Umno bimbang dengan perlakuan sesetengah pihak yang mempersoal dan mencabar kedudukan serta kedaulatan institusi diraja.
Pergerakan Wanita Umno pada Isnin menggesa kerajaan meneliti secara terperinci Akta Keharmonian Nasional bagi memastikan akta itu terus mempertahankan lima perkara asas perlembagaan.
Ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata asas-asas itu ialah mengenai kedudukan Institusi Raja-Raja, agama Islam sebagai agama persekutuan, keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta keselamatan negara.
Katanya, bagi pergerakan Wanita Umno, nama sesuatu akta bagi menggantikan Akta Hasutan 1948 itu tidak penting kerana apa yang lebih penting ialah kandungan dalam akta itu perlu memelihara perpaduan rakyat pelbagai kaum di negara ini.
"Saya mewakili kira-kira 1.3 juta anggota pergerakan di seluruh negara berpendirian tegas mengenai perkara tersebut. Bagi saya tindakan yang kukuh lebih penting daripada nama.
"Ini bukanlah retorik politik tetapi apa yang penting pengisian akta yang akan menentukan masa depan negara," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco pergerakan itu di sini.
Shahrizat berkata, Wanita Umno bimbang dengan perlakuan sesetengah pihak yang mempersoal dan mencabar kedudukan serta kedaulatan institusi diraja di negara ini.
"Jika perkara ini dibiarkan ia akan menggugat keharmonian dan keselamatan negara. Oleh yang demikian Wanita Umno mendesak agar Akta Harmoni yang telah diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dikaji dan diteliti dengan memastikan keutamaan diberikan kepada mempertahankan lima asas tersebut,"katanya.
Pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) semalam, Perdana Menteri berkata keputusan sama ada hendak mengekalkan Akta Hasutan 1948 atau memperkenalkan Akta Keharmonian Nasional akan dibuat dengan penuh berhemah, terbuka tetapi dalam keadaan terkawal supaya negara terus harmoni.
Najib berkata kerajaan tidak akan melakukan sesuatu langkah atau tindakan yang boleh menyebabkan suasana tidak tenteram dalam negara.
Topic Berkaitan
#Akta Keharmonian Nasional
#Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
#institusi diraja
#Najib Tun Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan