Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang meneliti untuk mewujudkan satu akta khusus bagi menangani isu gangguan seksual.
Timbalan Menterinya Hannah Yeoh Tseow Suan berkata setakat ini, dalam merangka akta baharu itu, kementerian telah mengadakan sesi konsultasi dengan kerjasama Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) yang disertai beberapa badan bukan kerajaan pada 3 Feb lalu bagi membincangkan kandungan untuk dimasukkan ke dalam akta tersebut.
"Kementerian juga akan melakukan kajian dengan mendapatkan maklum balas masyarakat, data serta kaedah pembuktian dalam kes-kes yang terlibat seterusnya membantu dalam merangka dasar dan strategi menangani isu gangguan seksual," katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Maria Chin Abdullah (PH-Petaling Jaya) mengenai sejauh mana usaha kerajaan dalam menambah baik undang-undang sedia ada dan memperkenalkan undang-undang baharu mengenai kesaksamaan gender dan undang-undang gangguan seksual supaya lebih berkesan dalam melindungi wanita dan kanak-kanak.
Katanya, permohonan peruntukan untuk menjalankan kajian tersebut telah dikemukakan kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) pada 3 Mac lepas dan masih dalam pertimbangan EPU.
Mengulas lanjut, Yeoh berkata terdapat beberapa peruntukan undang-undang atau kod amalan garis panduan yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk membendung kes-kes gangguan seksual iaitu di bawah Kanun Keseksaan; Pindaan Akta Kerja 1955; Kod Amalan Untuk Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual di Tempat Kerja dan Garis Panduan Mengendalikan Gangguan Seksual di Tempat Kerja Dalam Perkhidmatan Awam.
"Namun begitu, peruntukan undang-undang sedia ada perlu ditambah baik agar usaha kerajaan membendung gangguan seksual adalah lebih berkesan. Ini kerana, peruntukan di bawah Kanun Keseksaan lebih bersifat umum dan beban pembuktian di dalam kes yang dirujuk perlulah dibuktikan melampaui keraguan munasabah," katanya.
Menurutnya, berdasarkan statistik Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), sepanjang tiga tahun lepas (2015 hingga 2017) dilaporkan terdapat 47 kes tindakan tatatertib melibatkan gangguan seksual.
Daripada jumlah itu, 20 amaran dikeluarkan, sembilan kes melibatkan penangguhan pergerakan gaji, masing-masing enam kes turun gaji dan buang kerja, empat didenda serta masing-masing satu kes melibatkan pelucutan hak emolumen dan turun pangkat.
"Berbanding populasi penjawat awam yang jumlahnya kira-kira 1.6 juta, kes-kes ini mungkin bukan gambaran sebenar kes yang berlaku kerana berdasarkan maklum balas yang diterima masih ramai pegawai tidak tahu mengenai garis panduan ini dan ada yang tidak tahu untuk melaporkan kepada siapa.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 01 2018
Hannah Yeoh berkata ketika ini terdapat beberapa peruntukan undang-undang atau kod amalan garis panduan yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk membendung kes-kes gangguan seksual. - Gambar fail
NVIDIA acah kehadiran siri kad grafik baharu melalui video The Witcher IV
Apa yang menarik mengenai video acah ini ialah notis di bawah video tersebut yang mengatakan bahawa ia telah diolah menggunakan sebuah kad grafik NVIDIA yang belum diumumkan lagi.
14 vesel penangkapan ikan ditahan, nilai rampasan RM8.9 juta
Sebanyak 14 buah vesel penangkapan ikan ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985, dengan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM8.9 juta.
Anda kelak boleh balas mesej suara WhatsApp dengan lebih pantas
Jika sebelum ini mesej suara memerlukan pengguna tatal ke sisi atau tekan dan pilih untuk balas, ciri baharu ini memaparkan ikon khas.
Perdana Menteri baharu Perancis dijangka diumum pada Jumaat
Pejabat Presiden Emmanuel Macron mengesahkan bahawa Perdana Menteri baharu Perancis akan diumumkan pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman dpa.
Meta Video Seal diperkenal, tera air tersembunyi untuk video janaan AI
Video Seal adalah tera air tersembunyi untuk video janaan AI. Tera air ini tidak boleh diubah suai sama ada dikaburkan atau video dipangkas.
Lula mahu tanding semula pilihan raya presiden 2026
Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva akan bertanding semula dalam pilihan raya presiden pada 2026, menurut Setiausaha Komunikasi Sosial Presiden, Paulo Pimenta pada Khamis.
Pantau Belanjawan: Memartabatkan perumahan sebagai hak asasi
Pengarah Kajian Khazanah Research Institute (KRI), Dr Suraya Ismail berbicang lanjut mengenai akses kepada perumahan yang menangani masalah ini melalui 'kesamarataan' manusia di Malaysia.
Tujuh maut dalam kebakaran hospital di Tamil Nadu
Sekurang-kurangnya tujuh orang dilaporkan maut manakala ramai lagi cedera dalam insiden kebakaran di sebuah hospital di Dindigul, Tamil Nadu, India.
AWANI Ringkas: Pengerusi ASEAN dan TMM 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pengasas Blogger, Twitter dan Medium lancar aplikasi sosial baharu Mozi
Melalui Mozi, pengguna boleh melakukan perancangan mereka di sesuatu lokasi seperti lokasi yang akan disinggah, atau acara yang akan disertai.
MTVET: Keperluan suruhanjaya, akta khusus untuk pantau keberkesanan - Pakar
Majlis TVET Negara diharapkan dapat membawa kepada penubuhan Suruhanjaya TVET Negara dalam masa terdekat yang akan memantau segala aktiviti bidang tersebut dan menubuhkan akta-akta berkaitan.
Akta Media Sosial perlu dinamik, merentas masa - Pakar
Akta-akta sedia ada boleh dimanfaatkan untuk mengawal penggunaan media sosial dalam kalangan kanak-kanak.
Isu 3R: Kerajaan adakan perbincangan dengan pelbagai pihak Jumaat ini
Perbincangan itu bertujuan menangani pihak tertentu yang sengaja mencetuskan provokasi melampau mengenai isu berkenaan.
Agong perkenan 14 akta diluluskan Parlimen
Ini termasuk Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 mengenai peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti.
Kaum lelaki mangsa keganasan rumah tangga dilindungi undang-undang
Sesiapapun mangsa, tidak kira wanita atau lelaki, mempunyai hak untuk dilindungi seperti termaktub dalam Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521).
Gubal segera akta berkaitan ketum
Negara memiliki pokok ketum berkualiti tinggi, namun manfaat herba berkenaan dibolot negara jiran, iaitu Thailand.
Perkenalkan pilihan raya pecat wakil rakyat lompat parti - Azalina
Kerajaan digesa mempertimbangkan pilihan raya bagi memecat wakil rakyat atau recall election bagi menghalang mereka yang lompat parti, kata Datuk Seri Azalina Othman Said.
Jangan terpedaya gimik jualan murah produk di internet - MCMC
Produk yang dijual juga tidak tertakluk kepada akta dalam negara selain sesetengah daripadanya mempunyai kecenderungan untuk menyerupai produk berjenama.
SPRM syor wujudkan akta wajib isytihar harta
Sehingga kini, tiada sebarang hukuman jelas boleh diambil terhadap mereka yang tidak mengisytiharkan harta.
Gubal akta anti lompat parti perlu sokongan dua pertiga - Takiyuddin
Takiyuddin menjelaskan, sekiranya perkara berkenaan tidak dipinda, ia boleh dicabar oleh mana mana pihak di mahkamah.