awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada iPhone 18 tahun ini, Apple tumpu model Pro dan peranti lipat 2026
[KOLUMNIS] Malaysia mesti pertahan kedaulatan digital sebelum terlambat
Penulis novel adaptasi filem 'Drive' James Sallis meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akta Majlis Perundingan Gaji Negara (Pindaan) 2025 berkuat kuasa hari ini - KESUMA

Bernama
Bernama
01/08/2025
04:17 MYT
Akta Majlis Perundingan Gaji Negara (Pindaan) 2025 berkuat kuasa hari ini - KESUMA
KESUMA menyeru supaya majikan mematuhi undang-undang berkaitan gaji minimum yang dikuatkuasakan. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Akta Majlis Perundingan Gaji Negara (Pindaan) 2025 berkuat kuasa hari ini sekali gus menjadikan pembayaran gaji minimum semasa diperluas kepada pekerja kontrak perantisan selaras usaha kerajaan untuk meningkatkan perlindungan dan kebajikan semua golongan pekerja.

Ringkasan AI
  • Akta Gaji Minimum 2025 kini diperluas kepada pekerja kontrak perantisan, berkuat kuasa mulai 1 Ogos 2025, demi meningkatkan perlindungan dan kebajikan tenaga kerja.
  • Gaji minimum RM1,700 sebulan diwajibkan kepada majikan dengan kurang lima pekerja yang tidak menjalankan aktiviti profesional mengikut MASCO 2020.
  • Majikan yang ingkar akan dikenakan denda sehingga RM10,000 bagi setiap pekerja, jika tidak mematuhi undang-undang gaji minimum yang dikuatkuasakan.

Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dalam kenyataan hari ini memaklumkan Menterinya Steven Sim telah menetapkan bahawa pindaan ini akan berkuat kuasa mulai hari ini iaitu 1 Ogos 2025.
"Melalui pindaan ini, pembayaran gaji minimum semasa diperluas kepada pekerja kontrak perantisan, iaitu merujuk kepada pekerja yang seseorang majikan memperakui akan mengambil orang itu bekerja dan melatih mereka secara sistematik untuk suatu tred.
"Tempoh latihan adalah antara enam bulan hingga 24 bulan dan dalam tempoh tersebut, perantis itu terikat untuk bekerja bersama majikan tersebut," menurut kenyataan itu.
KESUMA turut merakamkan penghargaan kepada majikan yang telah lebih awal melaksanakan pembayaran gaji minimum kepada pekerja kontrak perantisan.
"Bagi majikan yang membayar lebih tinggi daripada kadar gaji minimum, KESUMA ingin mengingatkan bahawa gaji yang telah ditetapkan tidak boleh dikurangkan," menurut kenyataan itu.
Selain itu, kementerian itu turut memaklumkan kerajaan telah menetapkan tarikh kuat kuasa Perintah Gaji Minimum 2024 iaitu 1 Ogos 2025 bagi pelaksanaan gaji minimum RM1,700 sebulan kepada majikan yang menggajikan kurang daripada lima pekerja dan tidak menjalankan aktiviti profesional yang diklasifikasikan di bawah Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO) 2020.
Sehubungan itu, KESUMA menyeru supaya majikan mematuhi undang-undang berkaitan gaji minimum yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), Jabatan Tenaga Kerja Sabah (JTK Sabah) dan Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak).
Menurut kenyataan itu, majikan yang gagal mematuhi pembayaran gaji minimum boleh dikenakan tindakan denda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap pekerja, jika disabitkan kesalahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gaji minimum
#KESUMA
#Steven Sim
#Akta Majlis Perundingan Gaji Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan