awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akta Suruhanjaya Lantikan Kehakiman perlu dikaji semula - #RasuahBusters

Astro Awani
Astro Awani
07/04/2023
09:53 MYT
Akta Suruhanjaya Lantikan Kehakiman perlu dikaji semula - #RasuahBusters
Literasi perundangan dan kesedaran berkaitan proses kehakiman wajar dipertingkatkan dalam kalangan masyarakat. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Yayasan Sinar Untuk Malaysia (#RasuahBusters) menggesa agar Akta Suruhanjaya Lantikan Kehakiman (JAC) 2009 dikaji semula dengan pindaan-pindaan berkaitan.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat, hal ini kata yayasan itu bagi memastikan keputusan yang dibuat bebas daripada sebarang dorongan eksekutif, keyakinan rakyat dipertingkatkan dan keadilan terhadap rakyat terus terpelihara.
"Sekalipun #RasuahBusters menegaskan bahawa institusi kehakiman itu harus dihormati, bebas daripada campurtangan eksekutif, adalah amat kritikal untuk ia juga benar-benar berkompetensi dalam menjalankan fungsinya secara adil dan berakauntabiliti.
"Tergugatnya kebebasan institusi kehakiman juga bererti lemahnya governans dan integriti dan akan terbuka luas ruang korupsi, salah guna kuasa dan ketertiban demokrasi di Malaysia," kenyataan itu menyebut.
Kenyataan itu juga menambah, literasi perundangan dan kesedaran berkaitan proses kehakiman wajar dipertingkatkan dalam kalangan masyarakat agar rakyat faham hak, tanggungjawab termasuk liabiliti dan kesan ekonomi dan sosial terhadap sesuatu tindakan yang dilakukan.
"Pandangan yang tidak konstruktif, beremosi, berunsur politik dan tidak didasarkan kepada fakta undang-undang yang tepat harus dihentikan segera kerana ia mengundang persepsi buruk terhadap institusi kehakiman, menghilangkan kepercayaan dan menggugat kestabilan serta keharmonian rakyat.
"Kritikan, hak kebebasan bersuara dan penyebaran maklumat tidak seharusnya melampaui batas bidang kuasa mahkamah yang telah menjalankan fungsinya sepertimana yang diperuntukkan oleh sistem perundangan di negara ini," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Akta Suruhanjaya Lantikan Kehakiman
#RasuahBusters
#institusi kehakiman
#Yayasan Sinar Untuk Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan