KUALA LUMPUR: Seorang aktivis haiwan dan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini memfailkan tindakan undang-undang bagi mendapatkan perintah mahkamah supaya Jabatan Peguam Negara (AGC) mendakwa seorang lelaki yang menyeksa dan membunuh anak-anak kera untuk hiburan dengan menjual video penyeksaan itu menerusi aplikasi Telegram.
Dr Kartini Farah Abdul Rahim, 50, dan Pertubuhan Hak Asasi Hidupan Liar Malaysia Global (Hidup) selaku pemohon memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman menerusi Tetuan Raj & Sach di Mahkamah Tinggi di sini, dengan menamakan Polis Diraja Malaysia (PDRM), AGC dan kerajaan Malaysia sebagai responden pertama hingga ketiga.
Berdasarkan dokumen yang diperoleh media, wanita itu memohon satu perintah untuk membatalkan keputusan AGC bertarikh 5 April lepas untuk tidak mengambil tindakan lanjut terhadap siasatan laporan polis yang dibuat oleh pemohon, selain memohon perintah mengarahkan AGC menuduh individu berkenaan di bawah undang-undang yang sewajarnya.
Dr Kartini mendakwa pada 20 Jan lepas, beliau telah mendapat makluman daripada dua persatuan pencinta haiwan dari United Kingdom dan Amerika Syarikat mengenai satu kumpulan penyeksa monyet yang individu berkenaan telah bertindak sedemikian dan terdapat ratusan ahli yang menyertai kumpulan itu di Telegram.
"Rakaman video-video tersebut menunjukkan perbuatan penyeksaan terhadap anak-anak monyet jenis kera (long-tailed macaques/Macaca Fascicularis) seperti mengerat leher menggunakan gunting, membakar kera ketika ia masih hidup dan memotong jari haiwan berkenaan satu demi satu di dalam tandas rumahnya.
"Pada tarikh sama (20 Jan), saya telah membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam, Selangor yang mengandungi maklumat terperinci mengenai individu terbabit dan semasa siasatan oleh pihak polis, lelaki berkenaan mengaku telah menyeksa anak-anak kera itu," katanya.
Bagaimanapun, Dr Kartini mendakwa pihak polis telah membebaskan individu itu tanpa sebarang tuduhan dikenakan terhadapnya.
Wanita itu juga mendakwa pada 5 April lepas, peguamnya menerima surat daripada Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam yang memaklumkan bahawa kertas siasatan bagi laporan polisnya telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya, namun ia telah diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).
"Peguam saya telah menghantar surat kepada AGC bagi mendapatkan alasan mengapa laporan polis itu diklasifikasikan sebagai NFA, namun pada 22 Mei lepas, Bahagian Pendakwaan AGC memaklumkan ia bukan amalan AGC untuk memberi alasan bagi sesuatu keputusan NFA," katanya.
Beliau mendakwa keputusan AGC yang mengklasifikasikan laporan polisnya sebagai NFA adalah tidak munasabah dan salah dari segi prosedur kerana individu terbabit telah membuat pengakuan terhadap perbuatannya kepada pihak polis.
Sementara itu, peguam Rajesh Nagarajan yang mewakili kedua-dua pemohon ketika dihubungi Bernama mengesahkan pemfailan permohonan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 16 2023
Wanita itu memohon satu perintah untuk membatalkan keputusan AGC bertarikh 5 April lepas untuk tidak mengambil tindakan lanjut terhadap siasatan laporan polis yang dibuat oleh pemohon. - Gambar fail
PDRM siap siaga kawalan keselamatan sempena WTD, WTC - KPN
PDRM sentiasa bersiap siaga dalam aspek keselamatan terutama membabitkan acara berskala besar peringkat antarabangsa seperti World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC).
Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di pesisir pantai Bachok
Pencarian kanak-kanak lelaki yang hilang selepas terjatuh di Pantai Kandis, Bachok berakhir apabila mayatnya ditemukan 11.15 pagi ini, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Aktivis mohon Peguam Negara dakwa lelaki seksa kera untuk hiburan, jual video di Telegram
Seorang aktivis dan NGO memfailkan tindakan undang-undang bagi mendapatkan perintah mahkamah supaya AGC mendakwa seorang lela