KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak boleh memandang ringan insiden pencerobohan sempadan yang dilakukan oleh China, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan, Datuk Seri Salleh Said Keruak.
Salleh menegaskan tindakan yang dilakukan oleh China itu merupakan satu pencabulan kedaulatan sesebuah negara.
Menurutnya tindakan China itu merupakan satu mesej jelas bahawa negara itu serius mahu menguasai perairan Laut China Selatan.
“Kehadiran secara besar-besaran iaitu hampir 100 buah kapal China memberi mesej jelas bahawa negara itu serius mahu menguasai perairan Laut China Selatan tanpa menghiraukan isu pencerobohan dan pencabulan kedaulatan negara serantau.
“Malaysia juga tidak terkecuali daripada kesan pencerobohan, khususnya Sabah dan Sarawak. Misalnya Pada 1 Jun lalu, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah mengesan penerbangan mencurigakan sebanyak 16 pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China memasuki ruang udara Zon Maritim Malaysia di Kota Kinabalu dan menghampiri ruang udara nasional.
"Selepas empat hari insiden 16 pesawat China memasuki ruang udara Malaysia, kapal pengawal pantai China pula didakwa berada berdekatan Beting Patinggi Ali, Sarawak.
“Pencerobohan seumpama ini tidak boleh dipandang ringan dan insiden ini seharusnya menjadi peringatan bagi negara kita agar sentiasa bersiqp sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan pada masa depan,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
Beliau yang juga merupakan bekas Ketua Menteri Sabah menegaskan tindakan China itu suatu yang membimbangkan dan kerajaan digesa untuk segera mengeluarkan nota bantahan.
“Saya melihat tindakan kerajaan China menunjukkan "kekuatan tentera atau penguasaan" di kawasan perairan Laut China Selatan sebagai satu perkembangan yang amat membimbangkan.
"Malaysia perlu mengeluarkan nota bantahan diplomatik kepada negara China dan Bangsa-Bangsa Bersatu berhubung aktiviti ketenteraan China di perairan Laut China Selatan kebelangkangan ini.
“Malah keputusan terbaharu kerajaan China untuk menetapkan semua kapal asing yang memasuki Laut China Selatan dengan melaporkan butiran tertentu termasuk muatan kargo dengan pihak berkuasa maritim China akan mengundang pelbagai reaksi negatif.
“Apa juga aktiviti "membuli" daripada segi ketenteraan atau military bullying tidak seharusnya berlaku, walaupun isu ini agak rumit tetapi saya percaya perkara ini masih boleh diselesaikan melalui saluran diplomatik,” katanya lagi.
Mengulas lanjut, Salleh turut menyelar tindakan Amerika Syarikat yang disifatkan sebagai provokasi sehingga mengancam keselamatan Malaysia dan rantau Asia.
“Saya berpendapat bahawa apa juga konflik antara kuasa besar tidak seharusnya menjadikan kawasan rantau ini sebagai proksi untuk menunjukkan kekuatan ketenteraan terutama kawasan Laut China Selatan.
“Walaupun niat yang baik untuk memastikan laluan perdagangan di perairan Laut China Selatan selamat tetapi kehadiran kapal laut dan udara tentera Amerika Syarikat secara besar-besaran untuk mengadakan latihan kebebasan navigasi di Laut China Selatan dilhat oleh kuasa besar ekonomi negara China sebagai provokasi dan ancaman keselamatan.
“Berikutan itu, China mula bertindak balas dan seterusnya cuba menguasai kawasan perairan Laut China Selatan dengan mengenakan peraturan baharu kapal-kapal kargo yang melintasi Laut China Selatan.
"Tentu sekali kita berharap kedua-dua negara ini dapat 'restrain' (mengekang) daripada melakukan kegiatan yang boleh mengugat keselamatan dan keamanan serantau," katanya.
Salleh menggesa agar kedua-dua negara besar itu berhenti menjadikan Laut China Selatan sebagai zon perang dan berhenti dari melakukan sebarang provokasi.
“Tindakan China dan Amerika Syarikat itu pasti memberi impak yang serius kepada isu keselamatan di rantau ini.
"Malah ia juga merupakan ancaman terhadap kebebasan perairan antarabangsa dan negara serantau kerana kedua-dua negara superpower ini yang mempunyai kekuatan tersendiri.
“Tidak ada keuntungan kedua-dua negara tersebut bertelagah atau menjadikan Laut China Selatan sebagai zon perang.
"Kedua-dua negara perlu berlembut dan tidak melakukan provokasi yang boleh mengundang peperangan. Apa yang penting kedua-dua besar itu menghormati kedaulatan negara-negara rantau ini termasuk Malaysia,’ katanya lagi.
Astro Awani
Sun Oct 03 2021

Bekas Ketua Menteri Sabah itu juga menegaskan tindakan China itu suatu yang membimbangkan dan kerajaan digesa untuk segera mengeluarkan nota bantahan. - Gambar fail

EPL: Chelsea pecah rekod pembelian termahal tandatangani Enzo Fernandez
Enzo Fernandez akhirnya melengkapkan perpindahan ke Chelsea, sekali gus menjadi pembelian termahal dalam sejarah EPL.

Peguam Negara AS | Video Trump beri keterangan bersumpah didedahkan
Pejabat Peguam Negara New York mendedahkan video bekas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump ketika memberi keterangan bersumpah Ogos lalu dalam siasatan kes penipuan sivil. Trump membuka keterangan bersumpah itu dengan menggunakan pindaan kelima dan enggan menjawab soalan yang diberikan Peguam Negara.

Perhilitan | Operasi bersepadu pelbagai agensi, NGO akan diperkasakan
Perhilitan turut bertekad meneruskan operasi penguatkuasaan secara bersepadu iaitu 'Biodiversity Protection and Patrolling Programme (BP3) di seluruh Semenanjung. Melalui BP3 jelasnya, program Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) bersama agensi-agensi penguatkuasaan kerajaan akan dilaksanakan.

Seludup Hidupan Liar | Kini boleh didenda hingga RM1 juta, penjara 15 tahun
Jabatan Perlindungan Hidupan liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia akan menguatkuasakan 44 seksyen di bawah Akta Pemulihan Hidupan Liar (Pindaan) 2022 [Akta A1646] bermula hari ini. Menurut Perhilitan dalam satu kenyataan, penguatkuasaan Akta A1646 bakal menyaksikan peningkatan penalti bagi kesalahan jenayah hidupan liar yang melibatkan beberapa kesalahan menyimpan, memburu dan menyeludup hidupan liar.

AWANI Ringkas: KJ jamin tidak ambil tindakan jejaskan kesejahteraan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Perancis lumpuh, ramai mogok bantah usia persaraan
Kira-kira sejuta orang dilaporkan turun ke jalan raya di seluruh negara semalam untuk tujuan itu.

Lelaki Switzerland punyai jangka hayat paling tinggi di dunia
Menurut Stephane Cullati dari Universiti Fribourg, terdapat hubung kait antara tahap pendidikan dan purata jangka hayat.

Pelancong | Masa untuk rombak sektor pelancongan
Cabang penyelidikan Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga) mengunjurkan ketibaan pelancong di Malaysia melonjak hampir empat kali kepada 9.6 juta pada 2023 daripada anggaran 2.5 juta tahun lalu. Kenanga menjelaskan unjuran itu disokong oleh penyambungan semula perjalanan udara bagi urusan perniagaan dan pelancongan di seluruh dunia apabila pandemik COVID-19 berakhir, pembatalan semua kuarantin semasa ketibaan dan keperluan saringan di Malaysia mulai 1 Ogos, 2022 selain pembukaan semula China secara beransur-ansur.

Jiwa SME | Pemasaran rempeyek dalam talian capai peringkat antarabangsa
Kudapan tradisional 'rempeyek' yang telah diinovasikan kepada pelbagai rasa telah menjana pendapatan jutaan ringgit. Itu kejayaan yang dicapai Krup Krap My International Sdn Bhd yang mula diuahakan di rumah sahaja sejak lebih 3 tahun lepas dan turut melahirkan puluhan usahawan yang sudah bergelar jutawan. Pemiliknya seorang wanita muda, graduan Universiti Teknologi Petronas Nuramalina Ahmad Baharudin bijak mengaplikasikan ilmu yang dipelajarinya semasa zaman universiti sehingga berjaya diperluaskan sehingga ke peringkat antarabangsa.

Korporat | Perodua kenal pasti dua cabaran tahun ini
Dua cabaran utama dikenalpasti oleh Perodua bagi tahun ini melibatkan peningkatan kapasiti vendor dan bekalan semikonduktur. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata syarikat itu sudah merangka strategi bagi memastikan dua cabaran ini diurus dengan baik.

Agenda belum selesai, Abdul Rahman Dahlan mahu kembali ke Kota Belud
Abdul Rahman berhasrat membangunkan Kota Belud yang mempunyai potensi cukup besar dalam pelbagai aspek terutamanya dalam konteks pendidikan dan pertanian.

Kerajaan lulus RM8.94 juta pertingkat akses internet di Kota Belud
Salleh juga menyeru agar orang ramai memanfaatkan internet untuk menceburi perniagaan digital atau perniagaan dalam talian.

PBS kesal Salleh gelar Maximus 'gila'
Johnnybone berkata kenyataan Maximus berkenaan isu pendatang asing tanpa izin (PATI), dibuat berdasarkan fakta daripada Suruhanjaya Siasatan Diraja dan bukannya mengikut emosi semata-mata.

Perkasa jentera PRU15, ketepikan perbezaan pendapat - Salleh Said Keruak
Beliau menasihatkan agar fokus utama diberikan kepada persediaan rapi dan memperkasakan jentera BN untuk berdepan PRU15.

Daftar GRS sebagai gabungan politik rasmi - Salleh
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) wajar segera didaftar sebagai gabungan politik yang rasmi dalam usaha memperkasa ahli parti komponen dan hala tuju gabungan itu.

Aktiviti ketenteraan China-AS suatu yang membimbangkan - Salleh Said Keruak
Salleh menegaskan tindakan yang dilakukan oleh China itu merupakan satu pencabulan kedaulatan sesebuah negara.

Banjir kilat selepas hujan lebat lebih lima jam di Kota Kinabalu
Kesesakan lalu lintas juga didapati berlaku di beberapa jalan utama akibat banjir kilat itu, antaranya di Jalan Sulaman berhampiran 1Borneo Hypermall.

Program vaksinasi COVID-19 perlu dipercepat, penting untuk tarik pelaburan - Salleh
Program vaksinasi COVID-19 penting dalam memberi keyakinan kepada pelabur untuk membuat lebih banyak pelaburan di Sabah.

Wakil rakyat GRS perlu buat penyampaian tepat dan jelas - Hajiji
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata ia penting bukan saja untuk memberi keyakinan kepada rakyat, tetapi menjadikan seorang ahli politik itu lebih disegani dan berwibawa.

UMNO Sabah tidak letak calon di PRK Bugaya - Bung Moktar
UMNO Sabah tidak akan meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya yang akan diadakan pada 16 Januari depan.