"Aku mahu anakku pulang, lama sudah dia di sana...dia pun sudah rindu sama mak," demikian luahan ibu kepada anggota polis marin, Konstabel Zakia Aliep, yang diculik sekumpulan penceroboh di sebuah pusat peranginan di Pulau Mabul, Semporna sejak 12 Julai lepas.
Juna Gumbur, 54, hanya meluahkan kata-kata itu ketika ditemui pemberita selepas lawatan Pengarah Jabatan Keselamatan Negeri Ketenteraman Awam Bukit Aman, Senior DCP Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim diiringi Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dan Komander Pasukan Polis Marin Datuk Abd Aziz Yusoff.
Dalam nada sendu sambil menitiskan air mata, beliau berkata harapannya hanya mahu melihat anak ketiga daripada enam beradik itu dikembalikan kepada pangkuan keluarga dalam masa terdekat.
Bapa mangsa, Aliep Sadu, 53, berkata beliau dapat merasai penderitaan yang dialami Zakia, 27, yang sentiasa bersuara sayu setiap kali menghubunginya selepas diculik tiga bulan lepas.
"Saya memang pernah terima panggilan daripada Zakia...suaranya sayu dan jadi apa-apa pun kita ikut prosedur mereka (polis). Anggota keluarga tiada apa-apa lagi selain berharap pembebasan Zakia cepat-cepat ditebus segera...itu sajalah harapan kami," katanya.
Aleip yang mewakili keluarganya turut merakamkan ucapan terima kasih atas lawatan dan sumbangan pihak polis selain mempercayai kemampuan pihak berkuasa untuk menangani isu keselamatan dan pembebasan anaknya.
Sementara itu, isteri Zakia, Sharifah Erna Berson, 22, berkata Zakia hanya meminta mahu dibebaskan segera setiap kali menghubunginya dan perbualan dengan suami berlangsung dalam nada sedih apatah lagi apabila berkisar soal anak.
"Dia memang selalu bertanya pasal anak, kalau dengar suara anak menangis, dia juga akan menangis.
"Perbualan kami hanya beberapa minit sahaja, setiap kali menerima panggilan telefon. Saya sudah tidak ingat bila panggilan terakhir daripadanya pada minggu lepas kerana banyak sangat dalam fikiran...perbualan hanya bertanya khabar dan mengenai rundingan.
"Saya hanya harap suami pulang dengan selamat," katanya.
Mengenai lawatan itu, katanya, beliau dimaklumkan pihak berkuasa sedang berusaha untuk membebaskan Zakia secepat mungkin.
Insiden serang hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Mabul Water Bungalow Resort, Pulau Mabul di Semporna, itu turut mengorbankan anggota Pasukan Polis Marin Koperal Ab Rajah Jamuan, 32.
Bernama
Sat Oct 11 2014
Pengarah KDNKA Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim memperkatakan sesuatu kepada Sharifah Erna Berson, isteri kepada Konstabel Zakia Aliep. Turut sama Ibu Zakia, Juna Gumbur - Foto Bernama
Banyak respons positif terhadap pelaksanaan VAR - Stuart
Ia berdasarkan maklum balas dikumpul selepas lapan perlawanan pramusim pasukan Liga-M yang menguji pelaksanaan sistem VAR baru-baru ini.
A.S sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Amerika Syarikat mendapati lima unit pasukan keselamatan Israel bertanggungjawab atas pencabulan hak asasi manusia, pada Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Serangan udara Israel membunuh sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin pada Isnin.
A.S, Britain gesa Hamas terima cadangan gencatan senjata Israel
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken menggesa Pejuang Hamas untuk segera menerima cadangan Israel untuk gencatan senjata dalam perang Gaza dan pembebasan tebusan Israel yang ditahan.
Gencatan senjata sepenuhnya perlu dilakukan
Israel perlu bersetuju untuk menghentikan peperangan dan solusi yang dipersetujui oleh banyak pihak termasuk penyelesaian dua negara.
India rampas kapal bawa dadah bernilai AS$71 juta
Pihak berkuasa India turut menangkap 14 warganegara Pakistan dalam serbuan berkenaan.
Perkhidmatan feri percuma bagi pengunjung Program MADANI Rakyat Zon Utara
Perkhidmatan feri Pulau Pinang secara percuma disediakan bagi pengunjung PMR Zon Utara yang akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong di sini selama tiga hari bermula Jumaat ini.
Qatar nantikan kata putus Malaysia dalam pelaburan Baladna
Lawatan keempat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) antara lain turut memberi penekanan dalam sektor agrikultur dan sekuriti makanan. Misi ini jelas serentak dengan tema forum ini iaitu 'Kerjasama Global, Pertumbuhan dan Tenaga untuk Pembangunan' yang mana Datuk Seri Anwar berkesempatan berbincang dengan Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani mengenai hasrat pelaburan ladang tenusu terbesarnya, Baladna dikomersialkan di Malaysia.
[TERKINI] Anwar bertemu Putera Mahkota Arab Saudi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin menghadap Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed Bin Salman Al-Saud.
Pertemuan yang berlangsung di Istana Al-Safa itu adalah atas undangan Kerajaan Arab Saudi seiring lawatan kerja tiga hari beliau ke Riyadh.
Pertemuan yang berlangsung di Istana Al-Safa itu adalah atas undangan Kerajaan Arab Saudi seiring lawatan kerja tiga hari beliau ke Riyadh.
SPR keluar 188 kertas undi pos
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan 188 kertas undi pos kepada pengundi yang berhak untuk mengundi secara pos pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB).
13 remaja lelaki didakwa bunuh pelajar kolej vokasional
Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Pelajar maut dipukul: Keluarga minta ruang, masih terkejut
Keluarga pelajar yang maut akibat dipukul di asrama sebuah kolej di Lahad Datu, meminta diberikan ruang daripada memberi sebarang kenyataan.
Kejadian pusaran angin seperti puting beliung landa Lahad Datu
Rakaman video diambil orang awam berdurasi 22 saat itu yang tular di media sosial memaparkan zink bumbung deretan kedai diterbangkan dalam kejadian itu.
Menantu, mentua maut kereta terjunam ke dalam laut
Mangsa dikenali sebagai Edwin dan bapa mentuanya, Chan Wai Hou, ditemukan pasukan penyelamat pada kedalaman 12 meter.
Kehadiran 'sosok' anggota ESSCom beri keyakinan keselamatan penduduk di ESS Zone
Februari ini, genap 11 tahun peristiwa pencerobohan pengganas bersenjata Sulu memasuki perairan negara secara berperingkat di Felda Sahabat, Lahad Datu.
Remaja mati lemas ketika mandi air terjun
Mohd Syaiful Romeo, 18, dibawa keluar dari lokasi kejadian oleh pihak bomba sebelum mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh pasukan perubatan.
Hasrat tangkap ketam berakhir tragedi, lelaki maut digigit buaya
Mayat lelaki warga asing berusia 23 tahun ditemui dalam keadaan tertiarap di tepi pantai berhampiran Pos ATM, Kampung Tanjung Batu, sekitar jam 7.20 pagi.
Lahad Datu kibar Jalur Gemilang gergasi semarak bulan kebangsaan
Dua tenaga pengajar dan lima pelajar menyiapkan bendera sepanjang 9.144 meter dengan ketinggian 18.288 meter dalam tempoh dua minggu.
Bayi baru lahir ditinggalkan atas reban ayam
Seorang bayi lelaki yang baharu dilahirkan ditemui ditinggalkan di atas sebuah reban ayam di kawasan Kampung Jawa, di Lahad Datu awal pagi tadi.
Pengedar dadah rempuh polis maut ditembak
Suspek berusia 28 tahun, memandu kereta Perodua Viva, turut membawa dadah jenis syabu sebanyak 7.45 gram serta parang samurai.