awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penunggang motosikal cedera parah dalam kemalangan tiga kenderaan di Jenjarom
Lelaki Indonesia maut tertimbus tanah runtuh di Bandar Penawar
Keadaan banjir di tiga negeri tidak banyak berubah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akuan bersumpah dakwa Maszlee sokong Anwar tular

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
17/10/2020
11:59 MYT
Akuan bersumpah dakwa Maszlee sokong Anwar tular
Maslee dikatakan menyatakan beliau memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi dan setia kepada Anwar. -Gambar fail
KUALA LUMPUR:Satu surat didakwa akuan bersumpah (SD) Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik memberi sokongan kepada Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kesembilan tular di media sosial.
Menerusi surat itu Mazlee, yang memenangi kerusi Parlimen Simpang Renggam pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), dikatakan menyatakan beliau memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi dan setia kepada Anwar.
"Saya seikhlasnya memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi dan setia kepada YB, Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim, Ahli Parlimen Port Dickson (P132), untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan (ke-9) sehingga sidang Parlimen keempat belas (ke-14) dibubar oleh YB. Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim," katanya di dalam SD yang belum dapat dipastikan kesahihannya itu.
Akuan Bersumpah Maszlee sokong Anwar
Surat Akuan Bersumpah Maszlee Malik menyokong Anwar
BACA: Maszlee Malik didakwa sokong Anwar - Laporan
Sebelum ini, portal MalaysiaNow dalam satu laporan, mendedahkan SD yang dikatakan dibuat oleh Maslee itu.
Astro AWANI sedang cuba mendapatkan pengesahan daripada Maszlee serta pegawainya mengenai SD berkenaan, namun sehingga kini belum mendapat sebarang maklum balas.
Topic Berkaitan
#Maszlee Malik
#akuan bersumpah
#SD
#Tular
#maszlee sokong anwar
#Anwar Ibrahim
#Ahli Parlimen Simpang Renggam
#perdana menteri kesembilan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan