awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maszlee Malik didakwa sokong Anwar - Laporan

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
17/10/2020
03:25 MYT
Maszlee Malik didakwa sokong Anwar - Laporan
Maszlee meletak jawatan sebagai menteri pendidikan ketika pentadbiran Pakatan Harapan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik didakwa memberi akuan bersumpah (SD) menyokong Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.
Sokongan Maszlee terhadap Anwar itu didedahkan portal MalaysiaNow pada Sabtu.
Laporan memetik sumber itu menyebut, tindakan Maszlee itu mengeruhkan lagi hubungannya dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Tindakan Maszlee ini akan mengeruhkan lagi hubungannya dengan Dr Mahathir.
"Kali terakhir Maszlee kena leter dengan bekas bosnya, beliau meletakkan jawatan sebagai menteri Kabinet,” kata sumber yang tidak didedahkan identitinya itu.
Pada Jumaat, Maszlee merupakan salah seorang Ahli Parlimen yang turut menghantar usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Maszlee yang meletak jawatan sebagai menteri pendidikan ketika pentadbiran Pakatan Harapan merupakan salah seorang individu di belakang usaha menubuhkan Parti Pejuang Tanah Air yang diasaskan Dr Mahathir.
Sehingga kini, Astro AWANI masih berusaha menghubungi Maszlee dan pegawainya untuk mendapatkan pengesahan tentang dakwaan sokongan beliau kepada Anwar.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Maszlee Malik
#Perdana Menteri
#Parti Pejuang Tanah Air
#Portal
#akaun bersumpah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan