KUALA TERENGGANU: Pembatalan projek Akuapolitan Kuala Nerus yang bernilai RM180 juta pada 2019, bukan keputusan kerajaan Terengganu sebaliknya ia adalah keputusan bersama Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dengan kerajaan Pusat.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Terengganu Dr Azman Ibrahim berkata meskipun telah dibatalkan, kerajaan negeri akan menggantikannya dengan projek lain demi manfaat penduduk.
"Saya tegaskan, walaupun kita tak dapat buat semua perkara, jangan tinggalkan semuanya. Kita buat cadangan yang lebih realistik iaitu projek perumahan bercampur secara penswastaan dan 67 rumah mampu milik untuk penduduk yang terlibat dengan pengambilan tanah ketika pembinaan jalan raya di Kuala Terengganu City Centre (KTCC).
"Selain itu, kita cadangkan kepada ECERDC untuk bina jeti pendaratan nelayan kerana jeti sedia ada di Pulau Kambing sudah semakin sesak. Jeti baharu itu nanti lengkap dengan bilik sejuk beku dan kilang air batu untuk kemudahan nelayan di sekitar Seberang Takir," katanya pada sesi sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Darul Iman di sini, hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman (BN-Seberang Takir) yang ingin tahu mengenai usaha kerajaan negeri sama ada mahu meneruskan projek tersebut kerana ia adalah yang pertama seumpamanya di dunia berkonsepkan Felda Laut.
Projek yang dirasmikan pada 2016 itu, bertujuan mewujudkan sebuah ekosistem perikanan yang bersepadu dan mampan termasuk pembinaan terminal perikanan, pusat pemprosesan ikan, pasar ikan segar dan restoran yang bukan sahaja memberi manfaat kepada masyarakat tempatan, malah akan menarik minat pelaburan dalam sektor perikanan, perniagaan, industri hiliran dan pelancongan.
Terdahulu, menjawab soalan Hishammuddin Abdul Karim (PAS-Tepoh) yang ingin tahu mengenai usaha kerajaan negeri memperkasakan penternakan unggas bagi menyokong bekalan ayam dan telur di Terengganu, Dr Azman berkata terdapat 128 ladang ayam di seluruh negeri setakat ini.
"Ia menghasilkan (lebih) 3.32 juta ekor ayam bagi satu pusingan atau (lebih) 17 juta ekor setahun dengan kadar lima pusingan setahun. Tahap sara diri (SSL) pula adalah 64.18 peratus setakat ini.
"Antara usaha kerajaan negeri memajukan ternakan ayam ialah membangunakan dua Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) iaitu di Telaga Papan, Setiu dan TKPM Mengabang Bakong di Kuala Nerus sebagai zon penternakan unggas yang lengkap dengan infrastruktur asas," katanya
Katanya, Jabatan Perkhidmatan Veterinar juga melaksanakan Enakmen Perladangan Unggas bagi pembangunan ladang yang lebih sistematik dan pengeluaran ayam dapat ditingkatkan melalui pengurusan ladang yang baik, selain memberi subsidi kepada penternak ayam pedaging berdaftar.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 24 2022

Replika Projek Perumahan Akuapolitan Kuala Nerus yang dirasmikan pada majlis di Kampung Seberang Pak Abu, Seberang Takir, Kuala Terengganu, 6 Mei 2018. --fotoBERNAMA

'KKM perlu beri lebih tumpuan kepada kes bunuh diri remaja' - Sivaraj
Sivaraj menambah, menurut laporan sejumlah 1,142 kes bunuh diri dalam kalangan remaja dilaporkan pada 2022.

Pesawat latihan terhempas, dua juruterbang tentera India terbunuh
Pesawat Pilatus PC-7 Mk II terhempas semasa penerbangan latihan rutin dari Akademi Tentera Udara dekat bandar raya Hyderabad.

'Nampaknya formula anda berkesan' - TMJ
Keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil kembali menimbulkan tanda tanya menjelang final Piala Malaysia antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu FC, Jumaat ini.

Tok Mat akui UMNO masih jauh raih kembali kepercayaan orang Melayu
Mohamad berkata, walaupun parti tersebut menonjolkan seorang pahlawan bangsa dengan rekod perkhidmatan yang sangat cemerlang namun mereka tetap tewas.

Iran, Arab Saudi ambil pendekatan pertama tingkatkan hubungan pertahanan
Selepas sembilan bulan Iran dan Arab Saudi memulihkan hubungan diplomatik, pegawai kanan pertahanan kedua-dua negara mula membincangkan cara untuk meningkatkan kerjasama ketenteraan.
Pas intai jawatan ketua pembangkang, Bersatu patut risau - Fahmi
Fahmi Fadzil berkata beberapa keputusan telah dicapai dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dan perkara berkenaan akan diumumkan oleh Perdana Menteri atau Ketua Setiausaha Negara (KSN).
AWANI Ringkas: Pembedahan prostat bukan kanser prostat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Bantuan rumah sewa mangsa banjir termenung akan diselesaikan - MB Kelantan
Kerajaan negeri akan menyelesaikan pemberian subsidi rumah sewa kepada 58 keluarga mangsa banjir termenung yang terkesan akibat Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok.
Mangsa banjir terjejas di Kelantan terus meningkat
Kelantan merupakan satu-satunya negeri yang terjejas disebabkan gelombang banjir ketika ini. Jumlah mangsa banjir setakat 11 pagi Isnin mencatatkan peningkatan kepada 4,641 mangsa.
[TERKINI] Lebih 100 kes penyakit berjangkit direkod di PPS di Kelantan
102 kes penyakit berjangkit dikesan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Bachok, Pasir Mas, Tanah Merah dan Kota Bharu sehingga Ahad.

Akuapolitan Kuala Nerus akan diganti dengan projek lain
Meskipun telah dibatalkan, kerajaan negeri akan menggantikannya dengan projek lain demi manfaat penduduk.