awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Al-Azhar setuju tawar biasiswa bagi pelajar Malaysia cemerlang dalam tiga bidang

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
10/11/2024
22:15 MYT
Al-Azhar setuju tawar biasiswa bagi pelajar Malaysia cemerlang dalam tiga bidang
Perdana Menteri Anwar (empat dari kiri) mengetuai delegasi Malaysia mengadakan mesyuarat bersama Profesor Dr Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb (tiga dari kanan) di pejabat Sheikh Al-Azhar Al-Sharif di Kaherah, pada Ahad. - Gambar Bernama
KAHERAH: Pentadbiran Universiti Al-Azhar Al-Sharif telah memaklumkan persetujuan untuk menawarkan biasiswa kepada pelajar Malaysia yang cemerlang dalam bidang perubatan, kejuruteraan dan teknologi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini adalah sebahagian daripada usaha memperluaskan akses pendidikan kepada pelajar dari Malaysia.
“Saya juga menekankan perlunya Malaysia dan Al-Azhar Al-Sharif memperkukuh kerjasama di rantau ASEAN, terutama dalam bidang teknologi dan penyebaran ilmu pengetahuan,” kata beliau ketika sesi ceramah umum yang diadakan di Al-Azhar Conference Centre di Kaherah pada Ahad.
Sesi ceramah tersebut bertajuk ‘Teguh Bersama : Visi umat Islam menerusi pemerkasaan teknologi, sosial dan ekonomi’ dihadiri lebih 1,500 pelajar dari Al-Azhar.
Perdana Menteri berkata demikian merujuk kepada pertemuan bersama Sheikh Al-Azhar Al-Sharif, Profesor Dr Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb.
Perbincangan itu berlaku selepas pertemuan Anwar dengan Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi di Al-Ittihadiya.
Dalam perbincangan bersama Prof Ahmad, Anwar memaklumkan mengenai cadangan memorandum persefahaman (MoU) untuk memperkukuh kerjasama menerusi program Sains Islam (Ulum Islamiah) antara Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia dan Al-Azhar Al-Sharif.
Selain itu, usaha sama antara Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Institut Bahasa Arab Al-Azhar Al-Sharif juga dirancang sebagai langkah lanjut bagi mempererat hubungan kedua-dua negara dalam pendidikan.
Topic Berkaitan
#Universiti Al-Azhar
#biasiswa
#pelajar malaysia
#PM Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan