Penemuan awal proses kawalan kualiti dalaman Dutch Lady Malaysia mengesahkan produk susu Dutch Lady Curious (900g) dengan nombor kelompok 1023C7WA tidak mempunyai unsur kekurangan dari segi kualiti dan selamat untuk diminum.
Menurut Dutch Lady Malaysia dalam satu kenyataan, siasatan lanjut sedang dijalankan oleh makmal dalaman syarikat serta pusat ujian bebas sebelum hasil kajian rasmi didedahkan.
“Kami sudah mengambil sampel susu dari pelanggan terjejas dan menghantar ke makmal dalaman dan pusat ujian bebas bagi mengkaji kualiti susu,” kata syarikat tersebut.
Kenyataan yang dikeluarkan Dutch Lady Malaysia hari ini menjawab dakwaan di media sosial berhubung alahan kulit yang didakwa dialami oleh kanak-kanak selepas meminum susu berkenaan.
“Dutch Lady juga sudah bertemu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan bekerjasama rapat dalam usaha mengatasi perkara ini. Keputusan penuh akan diumumkan selepas proses siasatan diselesaikan.”
“Buat masa ini, penemuan awal daripada proses kawalan kualiti dalaman menunjukkan bahawa produk kami tidak mempunyai sebarang kekurangan dari segi kualiti dan susu kami selamat untuk diminum," kata Tarang Gupta, Pengarah Urusan Dutch Lady Malaysia.
Dutch Lady turut berkata butiran pembungkusan produk turut disalah erti dan dianggap sebagai petunjuk produk palsu.
Dutch Lady turut meminta orang ramai untuk berhubung dengan pusat khidmat pelanggan di talian 1-800-88-1191 atau emel ke [email protected]
Najib Aroff
Tue Feb 13 2018
Menurut Dutch Lady Malaysia, siasatan lanjut sedang dijalankan oleh makmal dalaman syarikat serta pusat ujian bebas sebelum hasil kajian rasmi didedahkan. - Foto AstroAWANI
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Alahan susu, Dutch Lady kaji produk 'Curious'
Menurut Dutch Lady Malaysia, siasatan lanjut sedang dijalankan oleh makmal dalaman syarikat serta pusat ujian bebas sebelum hasil kajian rasmi didedahkan.