PUTRAJAYA: Alam Flora Sdn Bhd menjangkakan mengurus 10 tan pelbagai jenis sampah semasa Sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya, di sini, Khamis ini.
Pengurus Negeri Alam Flora Wilayah Persekutuan, Kuit Kheng Keong berkata, sebanyak 125 pekerja pembersihan, penyelia dan eksekutif operasi Alam Flora bersedia menjalankan tugas pembersihan seawal 5 pagi untuk memastikan kawasan sekitar kekal bersih dan pengunjung selesa menyaksikan perarakan dan perbarisan pada hari penting dalam kalendar negara itu.
"Kerja-kerja pembersihan dipecahkan kepada lapan subzon iaitu Zon 1 - kawasan perarakan utama, Zon 2 - Presint 3, Zon 3 - Bulatan Gemilang , Zon 4 - di hadapan Kementerian Kewangan, Zon 5 - Dataran Putra, Zon 6 - Lebuh Bestari , Zon 7 - Persiaran Perdana Presint 4 dan Zon 8 - Monumen Alaf Baru, Presint 2.
"Pekerja kami akan melakukan pelbagai kerja pembersihan seperti kutip sampah, pengosongan tong sampah dan menyapu kawasan sekitar di lapan subzon yang telah ditentukan," katanya kepada Bernama di sini pada Isnin.
Kuit berkata pihaknya menyediakan 700 unit tong sampah bergerak (MGB) pelbagai saiz untuk diletakkan di beberapa lokasi bagi memudahkan orang ramai membuang sampah.
"Apabila tong itu penuh, pekerja kami akan tarik tong MGB itu ke kawasan berpusat yang disediakan di setiap subzon dan mengosongkannya, sekali gus memastikan tiada limpahan sampah berlaku semasa sambutan berjalan.
"Kami juga ada unit khas yang bertanggungjawab mengasingkan sisa-sisa sampah yang boleh dikitar semula bagi memastikan kelestarian alam sekitar terus dipelihara selain menyediakan tong roro sebagai sandaran untuk menampung sampah yang dihasilkan pengunjung dan peniaga, " katanya.
Beliau berkata selepas tamat perbarisan dan perarakan, kerja-kerja pembersihan tidak terhenti setakat itu sahaja, malah pekerja Alam Flora akan melaksanakan pembersihan pascasambutan seperti mencuci kawasan sekitar dan menghantar sampah yang dikumpulkan ke tapak pelupusan sampah Tanjung Dua Belas, Sepang.
Dalam pada itu, Kuit turut menasihati pengunjung supaya membuang sampah di tong yang disediakan dan melaksanakan amalan pengasingan sampah di punca dengan sampah yang boleh dikitar semula seperti botol, plastik dan kertas dibuang ke tong sampah khas yang disediakan.
Sementara itu, pekerja pembersihan Arrifin Biru, 50, berkata dia bersemangat untuk bertugas bersama rakan-rakannya semasa hari sambutan itu berlangsung.
"Ini cara saya menterjemahkan semangat patriotik dalam diri untuk negara. Walaupun saya tidak berjuang di medan perang, saya mahu Malaysia bersih daripada sampah yang boleh menjejaskan imej negara di mata dunia.
"Saya bangga dengan kerja ini sebab bagi saya negara bersih itu penting," katanya yang bertugas sebagai pemandu lori kompaktor Alam Flora.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 28 2023
Pemandu lori compactor Alam Flora, Arrifin Biru, 50, melakukan tugasnya mengangkut tong sampah di Laman Perdana Putrajaya. - Foto BERNAMA
Enam cedera, tiga parah nahas empat kenderaan
Kesemua yang cedera di bawa ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.
Keluarga Faisal Halim kuat semangat - Adam Adli
Timbalan Menteri KBS, Adam Adli berkata, keluarga Faisal Halim berada dalam keadaan baik selain beliau turut dimaklumkan Faisal menunjukkan semangat yang tinggi untuk pulih.
Belia perlu ada integriti, harga diri dan maruah yang kuat - Adam Adli
Golongan belia perlu memiliki integriti, harga diri dan maruah yang kuat untuk muncul sebagai sebuah bangsa tidak kalah, tahan cabaran dan yakin dengan kebolehan diri sendiri.
Pemandu lori ditahan seleweng 1,800 liter diesel
Pemandu lori kanvas yang membawa muatan minyak diesel disyaki tidak memiliki dokumen atau permit kebenaran daripada KPDN.
Sediakan portal data untuk orang awam pantau keadaan pokok
Menurut Presiden Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM), Profesor Madya LAr Dr. Nor Atiah Ismail,pihak berkuasa tempatan (PBT) harus ambil cakna untuk adakah sebuah portal data bagi pokok-pokok yang berada di Kuala Lumpur.
Pokok buluh boleh dijadikan sebagai penghalang kepada angin yang kuat
Menurut Presiden Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM), Profesor Madya LAr Dr Nor Atiah Ismail, dengan adanya penghalang ini, ia daoat mengelakkan lebih kerap isu pokok tumbang daripada terjadi.
Lebih 8,000 permasalah ibadah dikemukakan sejak e-Taib diperkenal
Perkhidmatan menerusi aplikasi THhujjaj itu mendapat sambutan menggalakkan daripada jemaah di Tanah Suci dan juga mereka yang di tanah air.
Industri Padi: Strategi pengurusan perakaunan dalam kalangan pesawah
Bagaimana setiap pesawah padi boleh mengurus kewangan mereka dengan strategik di sebalik pelbagai cabaran? Kupasan bersama Koordinator (YSBC - Yunus Social Business Centre) UPM, Profesor Madya Dr Hasri Mustafa.
Hari Belia: Ramai dapat kerja tapi berkemahiran rendah?
Kadar pengangguran Malaysia menurun kepada 3.3 peratus namun masih ramai pekerja yang meraih pekerjaan berkemahiran rendah. Justeru dalam reformasi ekonomi yang diperlukan, apakah langkah sesuai untuk meningkatkan ruang kerja lebih mahir untuk rakyat Malaysia?
[DATA & STATISTIK] Penduduk Malaysia cecah 34 juta, 90% warganegara
Ini merupakan peningkatan 2.3 peratus berbanding suku tahun pertama 2023 (33.2 juta). Ia disumbangkan oleh pertambahan semula jadi yang positif bagi Warganegara dan juga pertambahan penduduk Bukan Warganegara. Jumlah penduduk ini merangkumi 30.6 juta (90.0%) Warganegara dan 3.4 juta (10.0%) Bukan Warganegara.
Lima bazar Ramadan di Putrajaya hasil 6-7 tan sisa domestik sehari
Hafizudin mengakui terdapat peningkatan sisa domestik jika dibandingkan dengan tahun lepas, susulan pertambahan jumlah peniaga tahun ini.
Alam Flora jangka kumpul 10 tan sampah pada sambutan Hari Kebangsaan
Sebanyak 125 pekerja bersedia menjalankan tugas pembersihan seawal 5 pagi untuk memastikan kawasan sekitar kekal bersih.
Pengurusan sisa: Terengganu kerjasama dengan Alam Flora
Daerah Kuala Terengganu dipilih untuk penilaian lanjut sebelum membentuk kerjasama dengan Alam Flora.
40,000 sisa domestik pada Ramadan tahun ini, tertinggi sejak 2019 - Alam Flora
Sebanyak 40,000 tan metrik sisa domestik dikutip di bandar raya ini setakat hari ke-20 Ramadan tahun ini, meningkat berbanding 32,000 tan metrik tahun lepas.
Alam Flora rancang wujud pusat sehenti kitar semula berskala besar
Alam Flora berhasrat memperluas dan mewujudkan pusat sehenti kitar semula dan pengkomposan berskala besar di ibu kota, dalam usaha mengurangkan jumlah sisa pepejal di tapak pelupusan sampah.
Kutipan sisa pepejal meningkat kepada 33,000 tan ketika Ramadan - Alam Flora
Kutipan sisa pepejal di ibu kota meningkat kepada hampir 33,000 tan semasa Ramadan tahun ini berbanding 27,000 tan dalam tempoh sama tahun lepas.
Bau busuk cemar lorong belakang kedai Prima Setapak
Situasi itu sekali gus mengakibatkan longkang tersumbat dan keadaan permukaan jalan yang lembap dengan bau kurang menyenangkan.
Mabuk: Peraih ikan memandu lawan arus dituduh membunuh
Tiada pengakuan direkodkan dari tertuduh hari ini kerana kes bunuh adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Isteri harap suspek mabuk terlibat kemalangan maut terima hukuman setimpal
Isteri kepada mangsa yang maut akibat dilanggar sebuah kereta yang dipandu lelaki di bawah pengaruh alkohol di sini malam tadi, berharap suspek kejadian itu menerima hukuman sewajarnya.
Kanak-kanak empat tahun nyaris terperangkap kebakaran di Alam Flora
Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun nyaris terperangkap selepas dia diselamatkan ibunya dari terhidu asap yang memasuki ruang tandas Alam Flora.