awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengurusan sisa: Terengganu kerjasama dengan Alam Flora

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
08/07/2022
01:50 MYT
Pengurusan sisa: Terengganu kerjasama dengan Alam Flora
Pihak berkenaan juga akan menjalankan CSR bagi membantu pengurusan sampah sepanjang tempoh perayaan Aidiladha nanti. - Gambar hiasan/Astro AWANI
KUALA NERUS: Kerajaan Negeri Terengganu sedang mempertimbang untuk menggunakan khidmat dan bekerjasama dengan Alam Flora Sdn Bhd bagi pengurusan sampah di negeri itu.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Terengganu, Dr Alias Razak, pihak berkenaan juga akan menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu pengurusan sampah sepanjang tempoh perayaan Aidiladha nanti.
Jelasnya, menerusi projek rintis tersebut, daerah Kuala Terengganu dipilih untuk penilaian lanjut sebelum membentuk kerjasama ke arah itu.
"Harap dengan kombinasi tindakan dalaman di bawah Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) sendiri dan juga dengan bantuan CSR daripada Alam Flora, kalau didapati berjaya, mungkin kita akan buat satu pertimbangan baharu.
"Belum ada persetujuan apa-apa lagi, ia baru nak bantu, tengok dulu. Kita harap berjaya," katanya.
Jelasnya, sekiranya pihaknya berpuas hati dengan prestasi perkhidmatan yang ditunjukkan, mereka akan membuat penilaian yang selanjutnya.
Dalam pada itu, Alias turut memberi jaminan, tidak akan berlaku masalah lambakan sampah sepanjang tempoh perayaan Aidiladha nanti.
Topic Berkaitan
#sampah
#Alam Flora
#pengurusan sisa
#Kerajaan Negeri Terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan